Memaparkan catatan dengan label Cuti Cuti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti Cuti Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2012

Cuti Akhir Tahun 2012 (Part 4)

KL

Nilai

Port Dickson, Negeri Sembilan
7 - 10 Disember 2012

Port Dickson

Nilai

KL

Rabu, 5 Disember 2012

Cuti Akhir Tahun 2012 (Part 3)

Sungai Koyan, Raub

Air Papan, Mersing


Tengggaroh Timur, Mersing

Teluk Cempedak, Kuantan

1 - 3 Disember 2012

Selasa, 20 November 2012

Cuti Akhir Tahun 2012 (Part 2)

Cuti sekolah akhir tahun bermula 
10 November 2012 - 1 Januari 2013

Kuala Gandah, Lanchang

Air Terjun Chamang, Bentong

18 November 2012

Isnin, 12 November 2012

Cuti Akhir Tahun 2012 (Part 1)

Aquaria KLCC

Pada 11 November 2012, untuk kali keempat Cikgu Saril sampai ke Aquaria KLCC. Pertama kali pada tahun 2006 dengan pada masa tu pergi dengan rakan-rakan setugas semasa di SK Titom di Kuala Lipis bersama-sama Cikgu Matnor, Cikgu Rashidi dan Cikgu Shah. Kali kedua pada tahun 2008 di mana ketika itu Cikgu Saril bertugas di SK Mela, Jerantut bersama-sama rombongan sekolah. Kali ketiganya pula pada awal bulan Mei yang lalu iaitu bersama-sama mengikuti dan mengiringi rombongan sekolah SK Jalan Bahagia, Temerloh. Memang Cikgu Saril tak rasa jemu datang ke sini. Rasa sangat tenang bila melihat ikan-ikan berenang. Kalau anda semua berpeluang ke KLCC jangan lupa berkunjung ke sini... sangat menyeronokkan.

Ahad, 7 Oktober 2012

Taman Burung KL

Taman Burung Kuala Lumpur

Pada mulanya tidaklah merancang untuk pergi ke sini. Tapi disebabkan boring dan tak tahu nak kemana-mana, Cikgu Saril bersama-sama seorang rakan photografi berkesempatan pada petang tadi ke Taman Burung KL. Terletak di belakang Masjid Negara. 
Burung ??? Sebenarnya menarik juga dijadikan bahan photoshoot kali ini. Berpeluh-peluh juga dibuatnya mengelilingi seluruh taman burung itu. Burung-burungnya sangat jinak. Tetapi kebanyakkan burungnya adalah burung bangau yang terdapat banyak di sawah padi. Kenapa yea ?

Ahad, 11 Disember 2011

Kuala Gandah, Lanchang

Hari ni ke Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Temerloh. Kalau dari KL boleh terus masuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan Exit di TOL Lanchang. Ambil kiri dan jumpa la nanti signboard ke Pusat Konservatif Pemuliharaan Gajah yang popular di Pahang.
Hari ni Cikgu Saril bergerak dari rumah lebih kurang 9.45 pagi dan sampai di sana 40 minit kemudian. Sampai terus jer buat pendaftaran dan disebabkan bernasib baik dapatlah pelekat berwarna kuning. Tiada bayaran dikenakan. FREE. Ada 3 warna pelekat iaitu :
Merah : Lawatan dan memberi gajah makan.
Kuning : Lawatan, memberi gajah makan, menunggang gajah dan mandi bersama gajah.
Hijau : Lawatan, memberi gajah makan dan mandi bersama gajah

Aktiviti bermula jam 2 petang. Tapi sebelum tu anda semua boleh melakukan aktiviti memberi anak gajah makan kacang di dalam kandang. Memang menyeronokan. Gajah-gajah ini asalnya dari habitat liar datang dari dalam hutan. 
p/s : Inilah "abang gagah" bukan "gajah"...hahaha
Di bawa ke sini kerana rata-rata mereka tersesat dan cedera di dalam hutan atau telah ditinggalkan oleh kumpulan mereka. Mereka dilatih dan diajar oleh petugas-petugas di sini menjadi jinak. Terdapat 27 ekor gajah yang ditempatkan di sini. 
Sementara menunggu gajah-gajah ini bertemu dengan pelawat, Cikgu Saril ke Deerland iaitu sebuah zoo yang menempatkan rusa dan haiwan eksotik terutamanya burung-burung yang memang jarang-jarang kita temui.
 Disebabkan ini adalah kawasan persendirian yang dibuka oleh sepasang suami isteri orang tempatan, bayaran sebanyak RM6 dikenakan sedikit kepada orang dewasa dan percuma kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun. 
Di sini pun kita boleh memberi rusa-rusa ini makan. Mereka juga jinak. Kalau kepada mereka yang berani, boleh bergambar bersama-sama ular sawa batik dan ular sawa albino. Menarik kan? 

Berkunjunglah ke Kuala Gandah, Lanchang bila anda ada peluang nanti. Tak rugi.

Rabu, 7 Disember 2011

Makan doyan


Sesi makan doyan kat kampung. Sepanjang jalan nak balik dari Raub sehinggalah ke Sg.Koyan ramai orang jual durian. Kat kampung pun buah rambutan merah-merah buahnya kat pokok. Buah langsat pulak dah boleh petik. Rahmat hujan. Daerah lain takder lak nampak durian banyak macam di Kuala Lipis dan Raub. Sepanjang 3 hari balik kampung, dekat 10 biji jugak la aku pulun. Tapi bukan sorang ler, makan dengan adik aku yang kebetulan ada balik kejap. Mak dan kakak pun join. Meriah. Bangun subuh, mesti tak sah kalau sejam dok dalam tu... pelawas terbaekkkk !!!

Sabtu, 3 Disember 2011

Sg. Koyan, Raub

3-6/12/2011 ~ NO blog NO fb NO ym NO skype ~
Rest and peace


Balik Kampung

Sg. Koyan Raub : 3-6/12/2011

Punyalah hampa malam semalam dari kul 9.30-12 menunggu bus Shasmisa di Terminal Bas Temerloh tak muncul sampai ke sudah. Akhirnya balik rumah, tido. Tak dapat ke Kedah. Pagi ni nak balik ke Sg. Koyan. Mak pun tak sihat. Sambil jaga mak dan rehat-rehat di kampung. Hari Selasa baru balik sini. Rabu sambung semula tugas sebagai Pengawas SPM. Doakan Cikgu Saril selamat pergi dan selamat kembali ke Temerloh nanti.

p/s : redha dengan segalanya, jika setakat itu dah tertulis jodoh bersamanya...

Jumaat, 2 Disember 2011

Cuti 5 hari

2-6/12/2011 : SPM berhenti rehat
2-4/12/2011 : Alor Star, Kedah
4/12/2011 : Temerloh, Pahang
5/12/2011 : Ombak Rindu, Kuantan, Pahang

Isnin, 11 Julai 2011

JJCM : FLORIA Putrajaya 2011

Inilah kali pertama Cikgu Saril berpeluang ke Pesta Floria yang setiap tahun diadakan di Putrajaya. Akhirnya pada 10 Julai 2011, dapat juga jejakkan kaki di sini.

Tema kali ini ialah "Roses are forever". Cikgu Saril bukanlah peminat bunga-bungaan, tetapi teringin nak melihat dengan mata sendiri kreativiti dan keunikan yang ada di FLORIA.

Memang berpuas hati dapat pergi kali ini. Walaupun berpeluh sanggup bersesak-sesak untuk melihat semua yang ada di sini.

Nanti di tahun-tahun akan datang nak tengok waktu malam, sebab ada perarakan bunga-bungaan.

Terima kasih buat Khairi yang sudi menjadi "tourist guide" dan "photographer".

Selasa, 28 Jun 2011

JJCM : Cameron Highlands 2011

Melalui jalan Sungai Koyan-Ringlet hari Sabtu 25 Jun 2011 yang lalu , sampai ler ke Cameron Highlands buat kali yang lebih daripada 10 kali. Peluang bercuti di kampung sebelum memasuki "alam pelajar PJJ" hujung minggu ini, aku gunakan sebaik-baiknya.

Perjalanan tak ada ler terlalu lama pun. Bertolak dari rumah emak jam 2.45 petang. Cuma hanya satu jam dan 15 minit dari Sungai Koyan. Cikgu Saril ni sememangnya berasal dari Felda Sungai Koyan. Melalui POS Betau dan melalui POS Menson sampai ler Cameron pada petang tu tepat jam 4.00 petang.

Hujan menyambut kedatangan kami dan pekena tea tarik kat Tea Bharat Cameronian. Hujan reda, Cikgu Saril bergerak ke Brinchang, pekan yang menjadi tumpuan ramai kerana Pasar Malam Brinchang yang cukup sibuk dan sesak setiap hari.

Strawberi yang merah dan segar-segar. Terbaik dari ladang !!! Katanya... ye ke??? hehe

Bunga kekwa kuning. Tekstur bunga ni sangat menarik kalau nak dibandingkan dengan bunga yang lain. Ada bunga ros merah. Bestnya kalau ada orang hadiahkan kat Cikgu Saril bunga ros merah 100 kuntum !!! Hehe...

Ini bukan buah strawberi gergasi yea adik-adik. Tetapi hanyalah bantal strawberi. Petang tu harga bantal bersaiz sederhana naik mendadak kepada RM27.00 sepasang. Kebiasaannya, RM23.00. Memang cari untung betul peniaga-peniaga kat sini. Nasib Cikgu Saril dah ada beli dulu.

Sayur-sayuran yang ada. Kobis bunga kan ???

Macam-macam ada kat pasar malam ni. Nak beli dari kedai-kedai pun boleh. Cuma harga di pasar malam ni boleh tawar menawar dan lebih murah.

Nak cari "fridge magnet" pun ada. Cikgu Saril lak sekarang ni memang tengah giler-giler mengumpul pelekat magnet.

Inilah "My Emak". Tengok jer ke sayur tu ? Akhirnya, borong jagung manis RM20.00. Lenguh juga ler tangan kiri kanan ni nak jinjitnyer. Besar-besar tongkol jagung tu.

Setakat nak teh perisa strawberi, oren, blackcurrant pun ada dijual kat sini. Tapi ada member kata barang-barang ni ada yang diimport dari Thailand dan dibungkus semula menggunakan jenama tempatan. Betul ke ???

Selasa, 21 Jun 2011

Putrajaya : Rindu Irfan

Sabtu lepas, 18 Jun 2011 Cikgu Saril ke Putrajaya. Bertemu anak kesayangan di sana. Setelah hampir empat bulan tak jumpa memang terasa rindu sangat.
Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jam 10 pagi dari Temerloh terus ke Lebuhraya Karak. Memasuki KL dan sampai di Desa Pinggiran Putra, Kajang tepat jam 12.45 tengahari.
Antara gambar-gambar yang Cikgu Saril sempat snap dalam perjalanan.
Malam pun sempat bergambar menggunakan Nokia N78, walaupun Canon ada bawa tap dalam MyG.

Selasa, 28 Ogos 2007

BUANG SAWANG

Hai Cikgu Saril kembali dengan entry... lebih 2 minggu CDB ni "bersawang"... huhu... banyak cerita yang nak dikongsi sebenarnya... tapi maklum ler bila dah balik kampung... cuti sakan la... walaupun online internet memang malas nak buat entry... tatau la kenapa...

Lagipun aku dalam cuti baru ni risaukan seorang kawan baik aku. Dia selalu datang rumah mak aku sekali sebulan. A kini sedang terlantar sakit di Hospital Ampang, KL kerana sakit leukimia... Kini hanya semangat dan kata-kata perangsang yang boleh membantu A bagi melawan penyakitnya... A dah melalui 2 kali sesi kemoterapi dan masuk darah putih sebanyak 2 kali... aku sempat melawatnya pada 19 Ogos di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan menjaganya beberapa jam sebelum A dipindahkan ke Hospital Ampang... Keadaannya semakin baik kalau nak dibandingkan semasa di Kuantan... Hanya doa dan semangat yang mampu kami berikan padanya... Segalanya Allah yang menentukannya... Aku sekarang banyak berhubung melalui telefon dan bercakap dengan emak dan ayah A bagi mengetahui perkembangan dirinya disebabkan kekangan tugas di sini... Pagi tadi sebelum aku masuk ke "belantara" sempat aku bercakap dengan A ... jauh di sudut hati aku memang sedih sebab aku tak sempat lagi menjengoknya di sana... tapi aku tak putus-putus bagi semangat pada dia melalui call dan kekadang sms...

Sebenarnya aku mula bercuti sejak 15 Ogos (cuti "rehat" dan kebetulan aku demam tiga minggu yang tak baik-baik) Maknanya aku bercuti hampir 2 minggu lamanya... sebab cuti penggal kedua secara rasmi bermula 18 Ogos hingga 26 Ogos...

Aku sebenarnya baru sampai kat "belantara" petang tadi... dari kampung sesorang aku memberanikan diri meredah hutan dengan CBP. Jam 1200 aku mulakan perjalanan dengan cuaca yang mendung dan sejuk... Setelah melalui SK-Pos Betau-Pos Lenjang-Pos Titom yang hampir 70km dengan jalanraya-jalan balak-denai... Akhirnya, aku sampai kat sini lebih kurang 1430... sakit bontot-bontot aku dan lenguh-lenguh tangan sebab dah lama tak lalu jalan "bergegar"... macam lalu kat "zebra crossing" pun ada...hehe

Semalam aku ada Kursus On-Site SBT Tahun 5 di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis melibatkan semua PK Kurikulum... mengantuk betul dalam meeting semalam sebab JU macam cakap sorang...tunjuk pulak slaid powerpoint yang dah memang pernah tengok dan kami dah tahu benda macam tur... tapi dengar jer la... sekurang-kurangnya boleh juga "refresh" mana yang dah lupa...hehe... 

Khamis, 12 Julai 2007

LAST EPISODE "CAMERON HIGHLANDS"

Pepagi lagi dah bangun...solat subuh pagi tur kena wuduk guna "heater"...sejuk "bangat"... Masing-masing liat nak bangun...apa tidaknya dah ler sejuk sampai ke tulang, malam sebelumnya pergi lepak kat kedai kopi dekat tapak pasar malam Tanah Rata sampai pukul berapa...balik-balik borak-borak sampai tertido pun tak sedar...Hari ni hari terakhir kami di CH... (percutian yang tak dirancang...yelah, kadang-kadang rancang sangat-sangat pun tak boleh benda-benda macam ni...kang tak jadi langsung...macam nak pergi Langkawi..."haram"...tak tau jadi ke tak...???)




Lepas "check out" dan breakfast, kami ke "Strawberry Park"...semuanya ikut peta yang Cikgu Pra beli kat "Marrybrown" RM 4 sekeping peta. Pakai redah jer...yang kelakornyer, asal nampak jer orang ramai singgah, kami pun singgah...Kat strawberry park tur, pepagi lagi kami beli "ais krim Malaysia"...ala yang di bungkus dalam plastik panjang tur la...RM 1 sebatang aiskrim strawberry...habis melekit-lekit tangan aku nak memakannya...Tiba-tiba, time tur jugak ler battery camera habis, dah ler charger tak bawak...terpaksa ler beli battery "Eginizer" kat situ...nasib ada jual...kalau tak "putih mata" la kami nak posing sakan...hehehe...
























Aku sempat gak ler pegang pokok dan buah strawberry...geram jer nak petik....eee....rase teringin nak ada ladang strawberry sendiri...huhu...Tapi orang punyer...tak baik ??? Dia tak nampak, tapi Allah nampak kan ??? Konon-konon baiknya aku hari tur... hehehe





Lepas melepak kat Starwberry Park, kami ke Taman Rama-Rama...aiyoor, banyak rama-rama...tapi tak banyak jenis la...Kalau Taman Rama-Rama Kuala Lumpur...masyaAllah..."poh palih" banyaknyer...Aku pulak "koya" macam jadi "Putera" yang dikelilingi dengan "butterfly"...wakaka...kira boleh jugak tur...Aku kan "Putra745"...huhuhu... Tak gitur En. Kasmara dan Melati ???





Dalam "butterfly park" ni pun sekali dengan taman bunga... Yelahkan, dah ada rerama mestilah ada bunga dan pokok-pokok...ye tak ??? Hehehe... Memula, lalu kawasan "cactus"...aiyoor, teruja aku...





Kat sini macam-macam ada pokok bunga...aku nak "explain" satu-satu...berjela-jela la entry aku ni karang... Apa kata korang tengok jer lah...Putra745 yang berbaju merah hari tur (sekarang minat giler kat colour merah...segalanya "red"...huhuhu...) berposing sakan... Tapi tak "sesakan" macam Cikgu Pra dan Cikgu Sidi...Sia lari-lari macam "pelakon citer hindustan" yang korang sokmo tengok dalam slot "Panggung Sabtu" TV3 pukul 2.00 petang tur...wakaka...yang "tukang snap" aku la...saper lagi...aku memang suke snap pic...

Untuk masuk taman ni, kami kena bayaran RM 3...emr...boleh lah...puas hati jugak ler...selain rerama dan pokok-pokok bunga yang besar-besar belaka dan cantik...ada gak haiwan "eksotik"...tapi semuanya dalam kandang...termasuk haiwan yang aku geli macam ular, lipan, cicak dan macam-macam la...Nak tengok datang sini...tapi paling aku minat...kura-kura... Kat kampung...rumah mak aku, aku ada bela 2 ekor kekura...share dengan Cikgu Pra...sejak tahun lepas...dulu bela kat sekolah, sejak cuti panjang tahun lepas...aku bawak balik kampung dan adik aku ada buatkan kolam khas untuk kekura 2 ekor tur...apa tidaknya...makin lama makin besar...memula beli RM 6 sekor...macam beli sekor ayam daging...sekarang dah besar sebesar tapak tangan aku ni ha...


Aku sempat jugak "sambar" 6 mini cactus...RM 10 + RM 7 (kaki besi untuk cactus)...tambah lagi koleksi cactus mak aku kat kampung...

Kami turun dari CH lebih kurang pukul 1430 pm...Cikgu Pra drive 130 km/j sebab nak kejar masa, sebab dia nak balik ke Pekan, nenek dia sakit tua dan masuk hospital. Kami singgah di Masjid Gua Musang, jamak solat Zuhur dan Asar. Aku sampai ke kampung lebih kurang pukul 1830 pm...malam tur tido awal...

Aku sempat lagi beli pokok bunga raya (colour orange bunga besar), pokok pine, keladi putih daun panjang dan bunga ros color merah (merah...lagi...) dan ros kuning untuk My Mom...memang minat bunga...tak percaya ??? Datang ler rumah mak aku kat kampung tur...

Apa-apa pun TQ bebanyak berjuta-juta 2250 kat Cikgu Pra...sebab penoh 2250 dia dengan pokok-pokok...sekali macam dah jadi macam kereta berhias pulak...wakaka...Habis setakat ini citer CH...kalau korang nak rasa pengalaman macam yang aku rasa tur...pergilah sendiri...tak pun ikut ler...makcik-makcik yang naik bas oren...best kalau pergi ramai-ramai...