Isnin, 12 November 2012

Cuti Akhir Tahun 2012 (Part 1)

Aquaria KLCC

Pada 11 November 2012, untuk kali keempat Cikgu Saril sampai ke Aquaria KLCC. Pertama kali pada tahun 2006 dengan pada masa tu pergi dengan rakan-rakan setugas semasa di SK Titom di Kuala Lipis bersama-sama Cikgu Matnor, Cikgu Rashidi dan Cikgu Shah. Kali kedua pada tahun 2008 di mana ketika itu Cikgu Saril bertugas di SK Mela, Jerantut bersama-sama rombongan sekolah. Kali ketiganya pula pada awal bulan Mei yang lalu iaitu bersama-sama mengikuti dan mengiringi rombongan sekolah SK Jalan Bahagia, Temerloh. Memang Cikgu Saril tak rasa jemu datang ke sini. Rasa sangat tenang bila melihat ikan-ikan berenang. Kalau anda semua berpeluang ke KLCC jangan lupa berkunjung ke sini... sangat menyeronokkan.

Tiada ulasan: