Jumaat, 15 Mac 2013

Takwim & Pelan Strategik 1M1S Ping Pong 2013-2015


Minggu hadapan ada pemantauan Unit Kokurikulum. Aku sebagai Penyelaras 1M1S Ping Pong perlu menyiapkan dokumen-dokumen yang pasti dipantau oleh pemantau dari Unit Kokurikulum PPD Temerloh nanti. Alhamdullilah, hampir 2 jam aku duduk di hadapan laptop ni siap juga akhirnya. Semoga perancangan 1M1S Ping Pong 2013 berjalan lancar. Setiap hari Jumaat jam 5.00 hingga 6.00 petang latihan dan perjumpaan diadakan hampir setiap minggu. Murid-murid pun semakin ramai datang dan sambutan sangat menggalakkan. Aku pun minat sangat nak mengajar ping pong walaupun takder la terer sangatkan... hehe... Dah berkursus 1M1S Ping Pong perlulah laksanakannya... Betul tak ?

Rabu, 13 Mac 2013

Pelan Strategik Matematik 2013-2015


Alhamdullilah, setelah seminggu baru dapat menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan. Kesibukan tugasan projek PJJ malam ini barulah berkesempatan menyiapkan pelan strategik untuk Matematik 2013 hingga 2015. Bila dah siap sepenuhnya lega... esok pagi-pagi nak hantar terus kepada GPK 1. Rasa sangat puas hati.

Isnin, 11 Mac 2013

Interaksi 3 S4


9 Mac 2013, Interaksi ke-3 diadakan untuk PJJ aku. Alhamdullilah kali ini pembentangan untuk BMM dah selesai. Hari ini juga menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM250. Alhamdullilah. Tahun sebelum ini hanya RM200. Bertuah sangat menjadi pelajar PJJ KPM sekarang ni. Orang berbudi kita berbahasa... orang memberi kita belajar betul-betul... hehe... boleh ke ??? Mesti boleh punyalah !!!

Sabtu, 2 Mac 2013

Perasaan itu

Hari ini Sabtu. Hari cuti buat semua penjawat awam termasuk cikgu. Namun hari ini bukan hari cuti untuk aku. Hari yang sangat sibuk dengan tugas sebagai guru. Seawal jam 8 pagi lagi aku sudah pun sampai di sekolah. Hari ini ada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 di SKJB. Tanggungjawab sebagai Penyelaras Dokumentasi kali ini aku terima dengan baik. Bermula dari meja pendaftaran setelah menulis nama dalam buku kehadiran bertugas hari Sabtu, aku mula snap beberapa keping gambar penjaga yang hadir. Dari meja pendaftaran aku ke Dewan Pak Sako. Sempat juga aku bertegur sapa dengan beberapa orang penjaga. Menyambut dan bersalaman dengan mereka. Tugas bermula dengan kehadiran penceramah dari Unit Narkotik IPD Temerloh yang menyampaikan ceramah tentang Salah Laku Penyalahgunaan Najis Dadah. Membantu Unit PPDa sekolah untuk laporan bergambar aku sempat ambil beberapa gambar untuk diberikan pada penyelaras nanti. Selesai ceramah, majlis dimulakan dengan ketibaan perasmi. Kali ini lebih banyak gambar yang perlu aku snap. Berpeluh juga dibuatnya. Memang kejap berdiri, kejap duduk bila kaki mula lenguh dan kebas berdiri lama. Sehingga selesai majlis jam 1 petang tadi, aku merasakan berpuas hati dengan semua hasil tugasan kali ini. 
Selesai majlis, aku membantu guru-guru lain menyiapkan lorong PPDa, dimana penilai dari JPN Pahang akan datang ke SKJB pada hari Selasa ini untuk Pertandingan Lorong PPDa peringkat negeri memandangkan kami adalah juara peringkat daerah 2012 yang lalu. Sebenarnya sejak petang semalam lagi, dan beberapa hari sebelum ini gotong royong ini dijalankan. Tanpa rasa terpaksa, kami laksanakan kerja masing-masing mengikut perancangan. Senario di tempat kerja sentiasa menceriakan aku walaupun kadangkala ada situasi membuatkan rasa diri ini stress. Tetapi aku selalu mengambil stress itu secara positif untuk aku lebih menimba pengalaman sebagai seorang guru. 

Ahad, 24 Februari 2013

Interaksi 2 S4

Interaksi 2 pada 23 Februari semalam habis tepat pukul 6.00 petang dari jam 8.00 pagi dengan atas budi bicara pensyarah terakhir, En. Mohd Noor untuk Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II. Kalau diikutkan di dalam jadual habis 6.30 petang. Masing-masing dah "surrender" nak menerima termasuklah aku.. Otak dah tepu. Maklumlah usia 30++ dan 40++ dah makin tepu dibuatnya. Apa-apa pun setiap kali interaksi semua beri yang terbaik dan kelas sangat riuh gelak tawa dan senda gurau agar kuliah tak membosankan. Sangat beruntung bersama-sama kumpulan Pendidikan Pemulihan PPG IPGKTAA.