Sabtu, 2 Mac 2013

Perasaan itu

Hari ini Sabtu. Hari cuti buat semua penjawat awam termasuk cikgu. Namun hari ini bukan hari cuti untuk aku. Hari yang sangat sibuk dengan tugas sebagai guru. Seawal jam 8 pagi lagi aku sudah pun sampai di sekolah. Hari ini ada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 di SKJB. Tanggungjawab sebagai Penyelaras Dokumentasi kali ini aku terima dengan baik. Bermula dari meja pendaftaran setelah menulis nama dalam buku kehadiran bertugas hari Sabtu, aku mula snap beberapa keping gambar penjaga yang hadir. Dari meja pendaftaran aku ke Dewan Pak Sako. Sempat juga aku bertegur sapa dengan beberapa orang penjaga. Menyambut dan bersalaman dengan mereka. Tugas bermula dengan kehadiran penceramah dari Unit Narkotik IPD Temerloh yang menyampaikan ceramah tentang Salah Laku Penyalahgunaan Najis Dadah. Membantu Unit PPDa sekolah untuk laporan bergambar aku sempat ambil beberapa gambar untuk diberikan pada penyelaras nanti. Selesai ceramah, majlis dimulakan dengan ketibaan perasmi. Kali ini lebih banyak gambar yang perlu aku snap. Berpeluh juga dibuatnya. Memang kejap berdiri, kejap duduk bila kaki mula lenguh dan kebas berdiri lama. Sehingga selesai majlis jam 1 petang tadi, aku merasakan berpuas hati dengan semua hasil tugasan kali ini. 
Selesai majlis, aku membantu guru-guru lain menyiapkan lorong PPDa, dimana penilai dari JPN Pahang akan datang ke SKJB pada hari Selasa ini untuk Pertandingan Lorong PPDa peringkat negeri memandangkan kami adalah juara peringkat daerah 2012 yang lalu. Sebenarnya sejak petang semalam lagi, dan beberapa hari sebelum ini gotong royong ini dijalankan. Tanpa rasa terpaksa, kami laksanakan kerja masing-masing mengikut perancangan. Senario di tempat kerja sentiasa menceriakan aku walaupun kadangkala ada situasi membuatkan rasa diri ini stress. Tetapi aku selalu mengambil stress itu secara positif untuk aku lebih menimba pengalaman sebagai seorang guru. 

Tiada ulasan: