Isnin, 19 November 2012

29 5A 2012


Syukur alhamdullilah, hari ini terjawab segala penantian setelah bertungkus lumus sejak 2011. SKJB mencatat satu lagi kejayaan yang gemilang pada tahun 2012. 29 orang pelajar UPSR 2012 mencapai keputusan 5A dan ini merupakan pencapaian tertinggi yang diperolehi. Malah SKJB dinobatkan sebagai No.1 di daerah Temerloh untuk pencapaian 5A.

Dikesempatan ini, saya selaku Pengurus UPSR 2012 dan Penyelaras Tahun 6 ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan seluruh warga SKJB yang membantu saya dan guru-guru tahun 6 sehingga mencapai kejayaan seperti ini. GPS 2.07 dan 75.89% lulus dengan sejumlah 107 orang daripada 141 orang. Tahniah dan Tahniah hanya mampu diucapkan. Semoga Allah memberkati segala perjuangan kita. Amin.

Tiada ulasan: