Salam Aidiladha 2012
Assalamualaikum. Sekali lagi kita menemui bulan 10 Zulhijjah. Semua umat Islam menyambutnya seluruh dunia. Malah yang menjadi "tetamu" Allah di Mekah beribadat haji pada hari ini. Tahun ini sambutan Aidiladha tidaklah semeriah seperti tahun-tahun lalu. Tetapi tahun ini banyak menerima sedekah daging korban dari jiran-jiran dan sahabat taulan yang rapat. Hampir-hampir 11 daging korban tahun ni.
Hari kedua, Cikgu Saril dan keluarga ke Cameron Highlands. Tempat ini bukanlah satu yang asing lagi bagi Cikgu Saril dan keluarga. Boleh dikatakan setiap tahun ke sana. Terlalu kerap sampaikan Cikgu Saril pun dah terer la dengan jalan ke sana... Sambil-sambil itu adik Cikgu Saril ingin memandu uji kereta baru yang dibelinya. Giler stering la orang kata... haha...
Kebetulan, si kecik penyeri keluarga Makcik Normah iaitu cucu kesayangannya Mohd Fatih dah berusia hampir 4 tahun ada turut bersama-sama kami. Macam-macamlah gelagat dan keletah yang ditunjukkan. Kalau balik jer ke rumah wan (gelaran untuk emak Cikgu Saril) mesti bergegarlah rumah tu dengan riuh rendah suaranya tak henti-henti bermain... sampai ke berheret nak tido. Selagi celik mata, selagi itu dia main. Mulut pun boleh tahan petah berkata-kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan