Hai Cikgu Saril kembali dengan entry... lebih 2 minggu CDB ni "bersawang"... huhu... banyak cerita yang nak dikongsi sebenarnya... tapi maklum ler bila dah balik kampung... cuti sakan la... walaupun online internet memang malas nak buat entry... tatau la kenapa...
Lagipun aku dalam cuti baru ni risaukan seorang kawan baik aku. Dia selalu datang rumah mak aku sekali sebulan. A kini sedang terlantar sakit di Hospital Ampang, KL kerana sakit leukimia... Kini hanya semangat dan kata-kata perangsang yang boleh membantu A bagi melawan penyakitnya... A dah melalui 2 kali sesi kemoterapi dan masuk darah putih sebanyak 2 kali... aku sempat melawatnya pada 19 Ogos di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan menjaganya beberapa jam sebelum A dipindahkan ke Hospital Ampang... Keadaannya semakin baik kalau nak dibandingkan semasa di Kuantan... Hanya doa dan semangat yang mampu kami berikan padanya... Segalanya Allah yang menentukannya... Aku sekarang banyak berhubung melalui telefon dan bercakap dengan emak dan ayah A bagi mengetahui perkembangan dirinya disebabkan kekangan tugas di sini... Pagi tadi sebelum aku masuk ke "belantara" sempat aku bercakap dengan A ... jauh di sudut hati aku memang sedih sebab aku tak sempat lagi menjengoknya di sana... tapi aku tak putus-putus bagi semangat pada dia melalui call dan kekadang sms...
Sebenarnya aku mula bercuti sejak 15 Ogos (cuti "rehat" dan kebetulan aku demam tiga minggu yang tak baik-baik) Maknanya aku bercuti hampir 2 minggu lamanya... sebab cuti penggal kedua secara rasmi bermula 18 Ogos hingga 26 Ogos...
Aku sebenarnya baru sampai kat "belantara" petang tadi... dari kampung sesorang aku memberanikan diri meredah hutan dengan CBP. Jam 1200 aku mulakan perjalanan dengan cuaca yang mendung dan sejuk... Setelah melalui SK-Pos Betau-Pos Lenjang-Pos Titom yang hampir 70km dengan jalanraya-jalan balak-denai... Akhirnya, aku sampai kat sini lebih kurang 1430... sakit bontot-bontot aku dan lenguh-lenguh tangan sebab dah lama tak lalu jalan "bergegar"... macam lalu kat "zebra crossing" pun ada...hehe
Semalam aku ada Kursus On-Site SBT Tahun 5 di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis melibatkan semua PK Kurikulum... mengantuk betul dalam meeting semalam sebab JU macam cakap sorang...tunjuk pulak slaid powerpoint yang dah memang pernah tengok dan kami dah tahu benda macam tur... tapi dengar jer la... sekurang-kurangnya boleh juga "refresh" mana yang dah lupa...hehe...
1 ulasan:
Salam,
Semoga Allah S.W.T. memberikan kesihatan yg baik kepada A, sahabat Cikgu Saril. Apapun setiap yang berlaku adalah ujian yang didatangkan kepada hambaNya. Semoga kita sentiasa mengingatiNya dalam keadaan susah dan senang. (as a peringatan to myself juga)
Catat Ulasan