Rabu, 29 Ogos 2007

SAMBUTAN MERDEKA 2007 (PART 1)

Jangan sangka kami di belantara tak buat sambutan merdeka... Cuma kami terpaksa buat lebih awal sambutan iaitu sehari lebih awal... sepatutnya 30 Ogos... kami buat macam ni sebab kekurangan guru... ramai yang ada kursus dan masih belum "lapor diri" sejak Isnin lalu... emr... tatau la cheq macamna nak cerita kat hampa... (betul ke ayat kedah aku ni ???)... hehe


Pepagi lagi, kami buat sambutan di kantin sekolah. Tentatif program dah pun kami dapat dari setiausaha program sambutan iaitu Cikgu Pra... Majlis sambutan dimulakan ucapan oleh Pengerusi Sambutan Bulan Kemerdekaan 2007 iaitu Cikgu Somad merangkap PK Kokurikulum. Kemudian diikuti ucapan perasmian oleh PK Kurikulum mewakili Guru Besar, Cikgu Saril... ringkas jer ucapan aku sempena merdeka... cakap panjang-panjang nanti ngantuk pula bebudak ni... huhu... Cikgu Sidi selaku MC bertugas kali ini sebab dia guru bertugas minggu ni... secara automatik jatuh kat dia tugas MC... senang kan ???



Lepas sahaja ucapan perasmian, "kumpulan koir guru SKT" dijemput menyanyikan 6 buah lagu yang telah disusun atur oleh AJK Lagu iaitu Cikgu Wan. Penuh semangat cikgu-cikgu nyanyi... "Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Berjaya, Malaysia Baru, Tanggal 31 dan Malaysiaku Gemilang"...


Masing-masing menyumbangkan suara yang ala-ala serak basah... pepagi lagi dah melalak... sampai ada yang terbatuk-batuk menyanyi dan pegang perut konon-konon nak control suara dari perut... hehehe...


Nak dengar suara cikgu-cikgu ni... klik klip video kat bawah ni... ini ler suara-suara di awal pagi... syokkk...

p/s : jangan ada pulak yang jemput kami wat show kat sekolah memasing... saper pulak nak mengajar bebudak OA ni nanti... huhu

1 ulasan:

~SyaFini Rosli~ berkata...

Nampak meriah dgn banner2 sume. Tapi kenapa tegak kaku je pelajar2 tu? Budak PRA je yg bergerak2. Awat depa x nyanyi sama? Huhu.