Rabu, 29 Ogos 2007

SAMBUTAN MERDEKA 2007 (PART 2)

Sebaik habis menyanyi lagu patriotik... perarakan Jalur Gemilang dan banner Merdeka setiap kelas keliling kampung dijalankan...

Sebenarnya jawatankuasa agak terkilan sebab bendera Jalur Gemilang yang kecik-kecik banyak kami beli last year hilang... tatau saper yang terambil... puas jawatankuasa cari... nak beli bendera baru...??? peruntukkan merdeka pun tak dapat lagi sebenarnya... ni pun kami buat banner guna mana yang ada dulu... "cedok" dari sumber-sumber yang mana patut... paper work dah siap... tapi "ongkos" haram tak dapat lagi... jadi sambutan tahun ni hanya guna bendera besor "gajoh" yang dipasang pada buluh... Kesian ketua kelas Tahun 1 dan 2... dah ler "macot"... kena pulak bawak buluh bendera panjang... last-last kami ganti dengan students Tahun 6... kurang meriah suasana nak dibandingkan dengan kibaran bendera kecik macam tahun lepas...

Kami guru-guru dan students berarak ler bawak bendera dan banner yang dah siap keliling kampung Pos Titom sampai ler ke sekolah balik... meriah sangat... sambil tur kami nak beri kesedaran pada parents dan penduduk kampung negara kita akan menyambut merdeka kali ke-50 tahun 2 hari saja lagi...
Balik dari perarakan... jamuan students secara ringkas diadakan juga di kantin sekolah... guru-guru hanya boleh sediakan setakat mihun kosong dan kopi hitam... semuanya guna dulu dari catuan bekalan makanan yang dibekalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Seronok tengok bebudak ni makan... Cikgu-cikgu makan nasi goreng jer kat rumah... sendiri masak ler... Aku hanya sempat makan pada 1400 sebab aku kena siapkan banner kelas Tahun 1... sebabnya kenapa aku lambat sikit dari orang lain ??? Aku kan baru masuk kelmarin dan "turn" kelas aku guna PELAKA hari ni... so, kena ikut giliran ler... nanti banner yang aku buat tur aku akan masukkan dalam entry khas... semua banner kelas akan aku masukkan dalam entry akan datang...

Tiada ulasan: