Hari ni ke Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Temerloh. Kalau dari KL boleh terus masuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan Exit di TOL Lanchang. Ambil kiri dan jumpa la nanti signboard ke Pusat Konservatif Pemuliharaan Gajah yang popular di Pahang.
Hari ni Cikgu Saril bergerak dari rumah lebih kurang 9.45 pagi dan sampai di sana 40 minit kemudian. Sampai terus jer buat pendaftaran dan disebabkan bernasib baik dapatlah pelekat berwarna kuning. Tiada bayaran dikenakan. FREE. Ada 3 warna pelekat iaitu :
Merah : Lawatan dan memberi gajah makan.
Kuning : Lawatan, memberi gajah makan, menunggang gajah dan mandi bersama gajah.
Hijau : Lawatan, memberi gajah makan dan mandi bersama gajah
Aktiviti bermula jam 2 petang. Tapi sebelum tu anda semua boleh melakukan aktiviti memberi anak gajah makan kacang di dalam kandang. Memang menyeronokan. Gajah-gajah ini asalnya dari habitat liar datang dari dalam hutan.
p/s : Inilah "abang gagah" bukan "gajah"...hahaha
Di bawa ke sini kerana rata-rata mereka tersesat dan cedera di dalam hutan atau telah ditinggalkan oleh kumpulan mereka. Mereka dilatih dan diajar oleh petugas-petugas di sini menjadi jinak. Terdapat 27 ekor gajah yang ditempatkan di sini.
Sementara menunggu gajah-gajah ini bertemu dengan pelawat, Cikgu Saril ke Deerland iaitu sebuah zoo yang menempatkan rusa dan haiwan eksotik terutamanya burung-burung yang memang jarang-jarang kita temui.
Disebabkan ini adalah kawasan persendirian yang dibuka oleh sepasang suami isteri orang tempatan, bayaran sebanyak RM6 dikenakan sedikit kepada orang dewasa dan percuma kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Di sini pun kita boleh memberi rusa-rusa ini makan. Mereka juga jinak. Kalau kepada mereka yang berani, boleh bergambar bersama-sama ular sawa batik dan ular sawa albino. Menarik kan?
Berkunjunglah ke Kuala Gandah, Lanchang bila anda ada peluang nanti. Tak rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan