Isnin, 11 Julai 2011

JJCM : FLORIA Putrajaya 2011

Inilah kali pertama Cikgu Saril berpeluang ke Pesta Floria yang setiap tahun diadakan di Putrajaya. Akhirnya pada 10 Julai 2011, dapat juga jejakkan kaki di sini.

Tema kali ini ialah "Roses are forever". Cikgu Saril bukanlah peminat bunga-bungaan, tetapi teringin nak melihat dengan mata sendiri kreativiti dan keunikan yang ada di FLORIA.

Memang berpuas hati dapat pergi kali ini. Walaupun berpeluh sanggup bersesak-sesak untuk melihat semua yang ada di sini.

Nanti di tahun-tahun akan datang nak tengok waktu malam, sebab ada perarakan bunga-bungaan.

Terima kasih buat Khairi yang sudi menjadi "tourist guide" dan "photographer".

Tiada ulasan: