Khamis, 14 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru : Anisah & Annuar

Ahad, 10 Julai 2011, buat pertama kalinya Cikgu Saril menjejakkan kaki ke Klang, Selangor. Terima kasih kepada Mr.Khairi yang sudi jadi "driver" dan dengan bantuan GPS dari Samsung Galaxy S2 barunya ! Tujuan ke Klang adalah semata-mata menghadiri sebuah majlis perkahwinan teman bloggers merangkap "Kak Non" yang telah Cikgu Saril kenal hampir memasuki 5 tahun perkenalan. Kak Anis juga seorang cikgu. Manakala, "Abg Non" Anuar masih belum berkesempatan untuk berkenalan dengannya. Mungkin pertemuan yang berikutnya boleh berkenalan dengan "Abg Non". Maka lengkaplah kini "Family Non". Sebenarnya gelaran "Non" ni pun Kak Anis yang mulakan dulu. Apa-apa pun, "Dik Non" nak ucapkan selamat pengantin baru, semoga rumahtangga ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu. Amin.

3 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

salam....terima kasih ya, sudi datang jauh2. terharu rasanya. dengan hadiah yg istimewa lagi tu. Insya'allah ada masa nanti kita lanjutkan perkenalan dgn org baru. Hari raya nanti kita jumpa tau!!! :-)

Errrkk....dah lengkap ke? dik non ipar kak non xde lagi....mana lengkapnya....

errrkkkk ker dah ade tapi sorok dr kak non??? :-D :-D :-D

Unknown berkata...

wsalam. sama2. nanti buat kuih byk2 guna yg dik non hadiahkan tu, raya dik non insyaAllah dtg.

dik non ipar, insyaAllah... pastinya ada...hehe

Karl Laksamana berkata...

cantiknya wallpaper kat atas sekali tuuu, memang sesuai jd hero remaja, but remaja ker, ahaks..