Memaparkan catatan dengan label SelamatPengantinBaru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SelamatPengantinBaru. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru : Anisah & Annuar

Ahad, 10 Julai 2011, buat pertama kalinya Cikgu Saril menjejakkan kaki ke Klang, Selangor. Terima kasih kepada Mr.Khairi yang sudi jadi "driver" dan dengan bantuan GPS dari Samsung Galaxy S2 barunya ! Tujuan ke Klang adalah semata-mata menghadiri sebuah majlis perkahwinan teman bloggers merangkap "Kak Non" yang telah Cikgu Saril kenal hampir memasuki 5 tahun perkenalan. Kak Anis juga seorang cikgu. Manakala, "Abg Non" Anuar masih belum berkesempatan untuk berkenalan dengannya. Mungkin pertemuan yang berikutnya boleh berkenalan dengan "Abg Non". Maka lengkaplah kini "Family Non". Sebenarnya gelaran "Non" ni pun Kak Anis yang mulakan dulu. Apa-apa pun, "Dik Non" nak ucapkan selamat pengantin baru, semoga rumahtangga ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu. Amin.