Selasa, 28 Jun 2011

JJCM : Cameron Highlands 2011

Melalui jalan Sungai Koyan-Ringlet hari Sabtu 25 Jun 2011 yang lalu , sampai ler ke Cameron Highlands buat kali yang lebih daripada 10 kali. Peluang bercuti di kampung sebelum memasuki "alam pelajar PJJ" hujung minggu ini, aku gunakan sebaik-baiknya.

Perjalanan tak ada ler terlalu lama pun. Bertolak dari rumah emak jam 2.45 petang. Cuma hanya satu jam dan 15 minit dari Sungai Koyan. Cikgu Saril ni sememangnya berasal dari Felda Sungai Koyan. Melalui POS Betau dan melalui POS Menson sampai ler Cameron pada petang tu tepat jam 4.00 petang.

Hujan menyambut kedatangan kami dan pekena tea tarik kat Tea Bharat Cameronian. Hujan reda, Cikgu Saril bergerak ke Brinchang, pekan yang menjadi tumpuan ramai kerana Pasar Malam Brinchang yang cukup sibuk dan sesak setiap hari.

Strawberi yang merah dan segar-segar. Terbaik dari ladang !!! Katanya... ye ke??? hehe

Bunga kekwa kuning. Tekstur bunga ni sangat menarik kalau nak dibandingkan dengan bunga yang lain. Ada bunga ros merah. Bestnya kalau ada orang hadiahkan kat Cikgu Saril bunga ros merah 100 kuntum !!! Hehe...

Ini bukan buah strawberi gergasi yea adik-adik. Tetapi hanyalah bantal strawberi. Petang tu harga bantal bersaiz sederhana naik mendadak kepada RM27.00 sepasang. Kebiasaannya, RM23.00. Memang cari untung betul peniaga-peniaga kat sini. Nasib Cikgu Saril dah ada beli dulu.

Sayur-sayuran yang ada. Kobis bunga kan ???

Macam-macam ada kat pasar malam ni. Nak beli dari kedai-kedai pun boleh. Cuma harga di pasar malam ni boleh tawar menawar dan lebih murah.

Nak cari "fridge magnet" pun ada. Cikgu Saril lak sekarang ni memang tengah giler-giler mengumpul pelekat magnet.

Inilah "My Emak". Tengok jer ke sayur tu ? Akhirnya, borong jagung manis RM20.00. Lenguh juga ler tangan kiri kanan ni nak jinjitnyer. Besar-besar tongkol jagung tu.

Setakat nak teh perisa strawberi, oren, blackcurrant pun ada dijual kat sini. Tapi ada member kata barang-barang ni ada yang diimport dari Thailand dan dibungkus semula menggunakan jenama tempatan. Betul ke ???

2 ulasan:

Karl Laksamana berkata...

teringat masa kita2 dulu pegi cameron, siap ponteng sek, ahaks..tu idea siapa, pastu mandi nampak bentuk tubuh, org kat luar duk skodeng jer, hahahaha....

Unknown berkata...

idea karl ler... kononnyer nak g solat kat masjid koyan...alih2 solat jumaat kat cameron... 1 kenangan indah tak boleh kita lupa... yg skodeng tu bukan eng k...hek n matnor okey...