
Esok hari pelaporan sekolah. Inilah kali kedua secara langsung aku berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa serta penjaga murid-murid 5 Excellent.

Alas meja dan bunga pun dah ditukar baru.

Petang ni Cikgu Saril merajinkan diri walaupun sebenarnya malas nak mendeko. Dah lama tak buat aktiviti macam ni. Dalam masa satu jam saja semua dah siap. Cuma tambah apa yang dah ada buat awal tahun ni dulu.

Tampal gambar-gambar bekas Perdana Menteri yang dapat dari kalendar tahun lepas.

Serikan sikit dengan sticker "segera" bermodalkan RM6.00 beli dari kedai buku sekolah. Ok tak ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan