Isnin, 11 Jun 2007

BERAKHIR DI KL

Sebenarnya entry “Kuala Lumpur” aku taip pukul 10.35 malam di atas katil dalam gelap. Semua dah tidur. Kepenatan “berjuang” petang tadi. Sampai di sekolah lewat senja. Jam 7.30 petang. Hujan renyai. Ketika aku mandi hujan lebat dengan guruh dan petir. Badan penat tapi tak mengantuk.
Jumaat lepas aku ke KL.“Blind Date” dan sambil-sambil jumpe member...ada pesan barang dengan dia. Hehehe…TQ Aley dan Adie sudi jumpa dengan aku. Mulanya kalau ikutkan memang malas jugak nak pergi ke mana-mana. Maklumlah, Ahad dah nak balik ke sekolah. Tapi…sebab dah boring sangat dan hanya aku yang ada kat rumah…sekali sekala turun KL sorang-sorang syok jugak.Aku dah janji dengan Adie hari Isnin lagi dah. Aley pulak kebetulan Khamis petang time aku online YM, dia kata free petang Jumaat. Kebetulan aku nak comfirmkan dengan Adie tiket aku 3.30 dari SK. Aku pun tak kisah…janji masing-masing dapat terima aku seadanya…Yelah…asyik borak dalam YM ajer nak jumpa masing-masing busy. Aku pulak cuti ni memang cuti secuti-cutinya. Malas nak fikir pasal sekolah dan kerja. Orang dah bagi cuti…kita cutilah sebaik-baiknya. Aku naik bas Mara Liner dari SK terus ke Pekeliling.Aku sampai di KL dekat jam 7 malam. Sempat pergi jumpa Aley di kedai mamak dekat dengan Vistana Hotel. Lebih kurang jam 7.30, Aley teman aku ke LRT Star. Aku ke Sungai Besi. Malam tur aku bermalam di Kajang. Petang Sabtu aku balik ke SK. Sementara tunggu bas nak balik kampung petang Sabtu tur…Jumpa Shukri…Ingat tak entry “Pergi Sungai”. Member yang suka sangat kat sungai tur…hehehe…TQ Shukri…ada jugak member sementara tunggu bas…Aku tunggu dia kat Titiwangsa Monorail Station. Jam 5.30 aku naik semula Mara Liner balik ke SK. Cukup ler sehari jer di KL...Sampai di kampung hampir 9.00 malam…aku mandi, solat dan terus masuk bilik. Konon-konon nak baring-baring kejap dan pastu nak update blog pasal entry ni ler…dan entah bila masa aku terlelap aku pun tak tahu. Sedar-sedar dah subuh. “tido mampus” aku malam tur…
Hujan renyai (pagi Ahad). Badan pun penat lagi. Siap solat subuh, aku tarik semula blanket aku…sedar-sedar 8.30. Petang lepas zuhur kami semua kembali ke “daerah terasing” bagi meneruskan khidmat kami di sini. Cikgu Saril, Cikgu Yie, Cikgu Omad, Cikgu Pra, Cikgu Sidi, Cikgu Limi, Cikgu Pitri, Cikgu Romy dan Abe_Din meneruskan cabaran. Cikgu Wan demam…dapat MC 2 hari…kesian… Cikgu Marop antar SMS kata nak pergi hantar adik ke Ipoh ??? My GB dan BU pulak…entah “ghaib” ke mana. Paham-paham sendirilah ek…Dosa tanggung sendiri. Nasihat dah nasihat…report nanti…sekolah gak yang malu…Sendiri mau ingat beb…okey…
Jam dah pukul 11.36 malam. Cikgu Omad dan Cikgu Pra dah buat “orkestra”. Cikgu Pitri tadi dah tidur…bangun semula…nak minum air. Cukup dulu entry aku…Mata pun dah mengantuk. Esok-esok pagi aku post entry ini.


p/s : pic untuk entry ni next time aku upload. Asyik DC jer...ni kali keberapa ntah aku try publish...tawakal jer...

Tiada ulasan: