Selasa, 12 Jun 2007

CIKGU SEMUA BUSY

Hari ini semua cikgu busy. Al-maklumlah...naik penggal ke-2 terus ada exam. Sejak semalam students Tahun 1 hingga 5 menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Peringkat Negeri Pahang. Sepatutnya sebelum cuti hari tur dah kena exam. Tapinya...sebab soalan yang difotostatkan oleh wakil Zon Jelai tak siap lagi. Khamis lepas baru pergi ambil. Kos semuanya dekat RM 500 lebih. Mana tidaknya, My GB pergi order semua set dari Tahun 1 hingga 5 semua kelas 25 set. Aiyoor...pembaziran...
Exam start semalam dah. Hari ni last day. Semua cikgu pepagi lagi dah dok di meja masing-masing. Ada yang stepler soalan, ada yang mark paper...mana yang mengajar banyak kelas...pengsan nak dibuatnya. Aku dah siap mark separuh petang semalam. Jadi, hari ni hanya masukkan markah dalam record book dan submit markah pada SU Peperiksaan. Tahun ni aku "pencen" dari SUP. Cukuplah dari 2004 sampai 2006. Kira aku mentor pada Cikgu Sidi. Dia lak ambik alih. Uhu...Jadinya korang tengokler "kebusian" cikgu-cikgu kat sini...

Mesti korang tertanya-tanya apasal ler...banyak merah dalam record book aku tur kan??? Biaser dah...cuti 2 minggu banyak main...aku dah pesan dah kat bebudak ni...lepas cuti ada exam...satu lagi bukan aku nak salahkan diorang jugakkan...soalan-soalan exam yang disiapkan oeh negeri selalu bukan "standard" students OA ni. Students OA ni syllibus diorang lambat sikit. Mana yang boleh diorang jawab, diorang jawab. Mana yang belum sampai syllibus...bebudak ni pakai hentam jer...Last year, ada gak dengar Majlis GB Sekolah OA Daerah Lipis kata nak buat sendiri soalan untuk students OA, tapinya sampai sekarang senyap ajer...kalau boleh...dalam UPSR pun perlu wujud paper macam SJKC dan SJKT...

Tiada ulasan: