Khamis, 10 Mei 2007

KAULAH SEGALANYA

Pagi ini aku bangun awal dari kebiasaan...mungkin sebab malam semalam aku tidur awal...biasenyer kalau selagi tak kul 12 atau kul 1...memang sah tak tido lagi...Seawal jam 7.15 aku dah sampai ke staffroom...perkara pertama aku lakukan...rutin harian : lihat jadual (walaupun dah hafal kat kepala) untuk comfirmkan waktu...takder ler asyik nak masuk kelas orang lain...hehehehe...nanti orang kata terlebih rajin pulak. Dah comfirm...aku belek-belek jap buku lesson plan aku...nak kena mengajar kena ada persediaan...hari ini sibuk dengan menanda buku latihan dan kertas jawapan bebudak Tahun 6 yang exam kelmarin dan semalam...

Beres semuanya aku terus buka email..."SUPRISE email" pagi ini aku terima...aku dapat "virtual card" dari seseorang...(kalau dia baca blog aku...TQ very much !!!)
Pagi semalam dia dah "hadiahkan" aku MP3 "Kaulah Segalanya"...syahdunyer setiap bait lagu ini dari mula hingga abis...tak kisah ler korang minat ke tak lagu ni...Nyanyian Hazrul Nidzam - Singapore Idol...tahun bila aku tak tahu...yang aku tahu...Shawal AF5 ada nyanyi lagu ni kat konsert AF5 minggu lepas...kalau nak dengar lagu ni, aku ada selitkan video "youtube" kat bawah...scroll kanan...tapi Shawal yang nyanyi...


Kaulah Segalanya


Kau merubah segala

Cinta yang ku dahaga

Kehadiran dirimu

Menyinari mekar semula hatiku


Kau lukis hidupku

Kau hias hatiku

Kau sembuh cintaku

Tulus ikhas suci hatimu Kasih


Kaulah segalanya

Yang menyinari hidupku kasih

Hanya satunya

Yang kucintai


Sambutlah cintaku

Jangan kau pergi dari sisiku

Cintaku padamu

Ikhlas sejati


Sambut cintaku...

Jangan tinggalkan daku

Sorang diri...

Tak sanggup lagi ku dilukai


Maafkan daku

Jika salahku

Peristiwa yang pernah ku alami dulu

Aku tahu

Betapa pahitmu menerima sejarah hidupku

Tiada ulasan: