Rabu, 9 Mei 2007

UJIAN PENGESANAN 2/2007

Semalam dan hari ini 9 Mei 2007 diadakan Ujian Pengesanan UPSR 2007, serentak di adakan bagi seluruh Daerah Lipis untuk students Tahun 6. Semalam aku ditugaskan menjaga paper Sains (aku jugalah guru sains UPSR) dan hari ini Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan). Calon tak berapa ramai...just 16 orang...tapi kali ini seorang tak hadir...Emr...tak tahu ler apa masalah dia...???

Soalan-soalan bagi paper sains...boleh tahan gak susahnya, especially Bahagian B...Bahagian A aku tak risau sangat bebudak ni...selalunya boleh skor sampai 22/30...kira okelah kan...cuma Bahagian B memang payah ler sebab banyak bebudak ni kena faham apa itu..."hipotesis, inferens" dan macam-macam ler istilah sains ni...apa-apa pun aku try yang terbaik untuk diorang faham...

Untuk BM ni sebenarnya kelas Cikgu Pitri...tapi aku mengajar bebudak ni tuisyen BM setiap hari Selasa...kul 2 hingga 4...fokus kepada Kertas 2...nasib baik petang semalam, aku ajar mengenai gambar rajah bersiri...kebetulan pulak soalan exam BM hari ini lebih kurang...wah !!! bukan main lagi seronok bebudak ni "menggoreng"...tapi pagi tadi ada 6 orang kena "pulas" dan dapat "leter free" dengan aku sebab tulisan macam "cakar ayam"...mengalahkan bebudak Tahun 3 yang juga aku ajar BM...

Manakala kelas BM Tahun 3, aku teruskan dengan kemahiran rangkai kata...dah masuk minggu ke-3...setakat ini ditahap yang memberangsangkan...Alhamdullilah. Tajuk minggu ni ialah Tumbuhan...dari ubi, daun, buah dan semua ler...esok Ujian Ejaan ke-4 untuk bebudak ni...minggu lepas 3 orang dapat 10/10...ada 6 orang lagi belum betul-betul mantap...tiap kali ujian aku mesti "sogok" mereka dengan hadiah...sebagai motivasi...tapi aku explain gak kat diorang...bukanlah semata-mata untuk hadiah saja, tapi kita nak jadi pandai...bebudak ni seperti biasa mengangguk jer kepala...macam aku dulu-dulu la...tapi yang penting kita faham apa yang cikgu kita nak sampaikan dan ajar...

Tiada ulasan: