Jumaat, 11 Mei 2007

CERITA HARI INI

Mulai bulan ini...setiap hari Jumaat, aku akan mengadakan sesi bercerita sama ada aku yang bercerita atau bebudak ni yang kena bercerita...Aku menggunakan teknik cerita "big book"...Tajuk cerita hari ini ialah ....
Setiap hari aku ada kelas BM Tahun 3...tapi hari Jumaat sejam jer...7.45 hingga 8.45 pagi...lain-lain hari aku ajar pemahaman dan tatabahasa merangkumi bacaan, ejaan dan tulisan...nak ajar BM nampak mudah...tetapi sebenarnya rumit...nasib aku opsyen "minor" aku Pengajian Melayu..."major" dalam Mathematics.
Mula-mula aku suruh "hero" aku baca...semalam aku dah latih dia baca cerita...alhamdullilah, pagi ni dia boleh tunjukkan bakat yang terpendam dia...cuma perlu diasah lagi..."next week" aku nak suruh "heroin" aku...TQ Bah Bukak...and for Sarina : "ready for next week k..."
Habis sahaja Bah Bukak bercerita, aku ambil alih...menceritakan semula secara lebih lanjut mengenai moral yang diperolehi dari cerita ini. Antara moralnya : tolong menolong, hormat-menghormati, bersabar dan bertolak ansur. Kiranya objektif P&P hari ini tercapai...students pun menunjukkan minat dan beri respond yang sangat baik...al-maklum ler, 1st time aku guna teknik ni...

1 ulasan:

~SyaFini Rosli~ berkata...

Erm, seronoknya tengok pelajar cikgu duduk diam-diam mendengar rakannya membaca 'big book' tu. Sy pun buat setiap hari Jumaat untuk sesi bacaan buku cerita, almaklum sy GSTT banyak yg x mahir dgn P&P. Sy bimbang mereka cepat bosan dgn suku kata yg sy selalu ajar. Tapi, alhamdulillah, sangat positif bila sy buatkan sesi bercerita ni, duduk diam-diam dan betul-betul nak dengar cerita. Ada sekali sy buat dgn puppet show, Marinee suka sampai nak baca di perhimpunan, siap bawa balik lembaran cerita yg sy bagi utk dipraktiskan di rumah. Suka sy tengok dia bersemangat, tp bila sampai harinya, dia tak nak pula..takut katanya..sy faham sebab dia biasa dipandang rendah oleh rakan sekelas Tahun 5 sebab dia pelajar pemulihan. Sedih pula rasanya.