Sebelum aku mengulas topik kat atas ni...biarlah aku citer perjalanan hari ini... Hari ini sekolah ganti bagi sekolah-sekolah yang mengambil cuti pada hari Jumaat (27 April 2007), sehari selepas Hari Pertabalan DYMM Agong Ke-13. Sesi persekolahan hari ini seperti biasa...cuma tiada P&P...digantikan kepada aktiviti lain. Pepagi lagi aku dah "conduct" assembly...selepas nyanyi 3 buah lagu : Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami dan SKT Sekolahku, aku menerangkan slot aktiviti yang akan dilakukan pada pagi tadi.
Slot 1 : 7.45 - 8.00 pagi : Perhimpunan Khas
Slot 2 : 8.00 - 9.00 pagi : Gotong Royong mengikut kawasan
Tahun 1 & 6 : Blok B dan sekitar tandas
Tahun 2 & 5 : Blok A dan sekitar padang bola
Tahun 3 : Blok C dan Taman Prasekolah
Tahun 4 : Kantin dan sekitar rumah guru
Slot 3 : 9.00 - 9.10 pagi : Berkumpul semula di tapak perhimpunan
Slot 4 : 9.10 - 10.15 pagi : Membersihkan kelas & bilik-bilik khas
Slot 5 : 10.15 - 10.45 pagi : Rehat
Slot 6 : 10.45 - 11.45 pagi : Tayangan Perdana - "I Know What You Did Last Raya"
Slot 7 : 11.45 - 12.00tgh : Perhimpunan/Ambil Kedatangan/Bersurai
Slot 8 : 12.00 tengahari : Makan Tengahari dan Balik
Hari ini aku terpanggil untuk mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Saipon iaitu "Guru adalah berdosa jika murid mereka yang normal tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca"... Malam semalam ketika menonton Buletin Utama aku dah dengar dengan telinga sendiri dan pagi ini...pagi-pagi lagi aku dah membaca ulasan tersebut di Utusan Online...
Apa yang kami harapkan, pihak PPD, JPN dan KPM sendiri membuat pemantauan dan menilai...bukan hanya menilai segelintir sekolah dan guru terus membuat kesimpulan. Ini pun kalau pemantauan atau bertanya khabar sekali setahun pun payah...usahlah mengharapkan kami sahaja...pihak yang berada "berwajib" perlulah juga "turun padang" ke "kawasan paling terceruk" seperti kami ini...Rasailah pengalaman sendiri seperti kami dan hargailah sedikit pengorbanan kami terutamanya guru-guru di kawasan pedalaman ini. Jangan meletakkan hukum sendiri...Dosa atau tidak itu, biarlah Dia sahaja yang menentukannya...Namun, aku menerima perkara ini dengan fikiran yang terbuka walaupun terdapat juga sedikit "hati terguris"...Ini hanyalah luahan...bukan kriktikan...tepuk dada tanyalah Iman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan