Rabu, 5 September 2007

UPSR 2007

Bermula 03 hingga 05 September 2007 start "perang" exam UPSR bagi semua bebudak Tahun 6 serentak seluruh negara... tak kira kat mana sekolah bebudak ni berada...kat bandar, kampung, Felda, ladang, estet, pulau, seberang sungai mahupun di belantara macam kami... huhu... jawab kertas UPSR yang sama dan "time" yang sama... cuma situasi dan keadaan yang berbeza...


Pengawas yang jaga exam ni cikgu dari sekolah luar. Kali ni Ketua Pengawas dari SK Kuala Telang, Cikgu Abdul Rani Akob (dia ni PK Kurikulum macam aku jugak... sebab selalu gak ler sama meeting PK Kurikulum dengan dia peringkat daerah) dan Penolong Pengawas kali ni Cikgu Haidir Ismail dari SK (RPS) Betau (juga sebuah sekolah murid Orang Asli).


Petang Ahad ~ 02/09/2007 hari tur, aku yang kena bawak Cikgu Abdul Rani ni... nasib dia ringan... huhu... tapi kesian gak dia kena banyak panjat bukit tinggi sebab nak naik berdua CBP aku tur mana nak larat dengan bukit tinggi dan jalan licin pulak tur... Cikgu Haidir pulak sebab dia "spesel" kena bagi motor sebuah khas untuk dia... TQ Cikgu Somad yang bermurah hati dan dia lak bonceng dengan Cikgu Limi...


Exam start 03/09/2007... bebudak calon UPSR seramai 16 orang ~ 8 lelaki 8 perempuan ~ semuanya tidur kat sekolah... bukan apa nak pastikan diorang tak lewat mai sekolah... maklum ler diorang datang sekolah hari-hari pun pukul 6.30 pagi dari kampung memasing jalan kaki ikut jalan denai hutan tur... takut jugak jadi apa-apa kan ??? Jadi langkah terbaik... diorang tido kat sekolah untuk 3 hari 2 malam... makan cikgu support... sesambil tur leh bagi semangat dan motivasi last minutes... tapi aku tak sempat bersama diorang...


Tengahari Isnin tur lepas habis sekolah, aku terpaksa keluar seseorang... sebab petang Selasa (semalam ~ 04/09/2007) aku kena hadiri "Mesyuarat Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 5 bagi SK dan Tingkatan 5 SMK" jam 2.45 petang di PPD Lipis. Nak keluar pagi Selasa, aiii maklum jer la... jalan hutan... pepagi jalan basah dan macam-macam "unggas" dan "fauna" yang akan "menjonggol" kepala... itu kalau "jonggol"... kalau dia dok "bersimpuh" tengah jalan... aku nak lari mana...??? Saper nak jawab...dah ler sesorang keluar...


Hari ni ~ 05/09/2007 aku masuk semula sekolah... Hari ni juga "berehh" la UPSR... "Merdeka" ler bebudak Tahun 6 ni... Merdeka ker ??? Jangan lupa... PROTIM menunggu anda !!!


Aku masuk sesorang lagi hari ni... nak buat macamana dah nasib... kul 1200 matahari terpacak atas kepala aku dok naik CBP redah sesorang jalan hutan yang sejauh 73 km (ikut meter CBP aku la...) Akhirnya aku sampai kat "daerah terasing" ni lebih kurang 1430... kebas-kebas "montot" aku dibuatnya... dah ler nyaris nak jatuh dalam gaung... sebelah kaki dah masuk gaung tadi... masa CBP aku tak lepas naik "Bukit Cincin"... aku nak turun tolak CBP... tak semena-mena tebing tur lembik dan runtuh... mujur aku paut pada CBP aku cepat dan sendengkan ke belah kanan... kalau aku "kedesyum terkebaboommm" ke gaung belah kiri tur... tatau la aku... Alhamdullilah sekarang dah selamat sampai...


Dalam "on the way masuk area" POS Titom kat Kampung Cheruwes aku bertembung dengan Pengawas UPSR tur... sebab diorang kena kuar cepat... sebab nak ke pejabat pos untuk pos semua soalan tur pada penanda paper. GB pun kuar dengan Cikgu Somad. Cikgu Somad ada meeting EMIS di PPD esok pagi. Memang sekarang daerah Lipis busy sangat dengan macam-macam meeting... boleh kata tetiap minggu malah saban hari bergilir mengikut Unit/Jabatan ada report itu ini nak kena settle.

3 ulasan:

shahril aley berkata...

Good luck & all the best

~SyaFini Rosli~ berkata...

Salam,

Your apologize accepted. Really sorry too.

Tentang PROTIM tu, Fini pun kena in charge. Isnin ni nanti kena pi meeting Penataran Program Pemulihan 3M (PROTIM) di PPD Btg. Huhu, dah le tak pernah pi mana2 meeting. My PK1 le, lantik jadi Penyelaras Protim. Fini baru dapat surat rini. Tak khatam betul2 lagi Kertas Konsep Program Pemulihan 3M Pasca-UPSR 2007 tu. Nanti leh la Fini tanya2 nak wat laporan ke apa ke eh? Thank you in advance. (",)

Fauziah berkata...

Akak faham k ko tgh bz sakan. Semoga bahagia selalu. Buat la apa yg terbaik. Gud Luck