Makin nak abis sesi persekolahan 2007 ... kebusyan melanda tahap gaban... tapi itu dah tanggungjawab kami sebagai cikgu... nak-nak lagi handle Unit Kurikulum memang tak menang tangan... buat report itu ini... nasib ada juga cikgu-cikgu yang banyak tolong... TQ la mana yang berkenaan... yang tak berkenaan dan tidak secara langsung... TQ jugak ler... hehe
Bakal menanti minggu hadapan ialah UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 5 - Ujian Sains dan Matematik untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau senang cakap ETeMS... ala yang orang dulu heboh pasal Sains dan Matematik dalam English... Dari taklimat yang aku hadiri PPSMI/ETeMS ni akan dikaji semula berdasarkan Ujian Diagnostik ni... hasil ujian seluruh negara nanti akan dibentang kepada Pak Lah dan Kabinet untuk dikaji semula... Tunggu dan lihat aja ler nanti... Cikgu bertanggungjawab untuk Science ialah Cikgu Wan dan Mathematics - Cikgu Marop... aku belum lagi buat "in house training" kat diorang berdua sebab Cikgu Marop tak ada... dan Cikgu Wan sibuk nak siapkan kejer SBT 2008 dia...
Juga menanti ialah PROTIM - Program Pemulihan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) untuk students Tahun 6 yang lemah 3M... 10 September ni PraUjian PROTIM. Subjek yang terlibat ialah BM dan MT. BM bawah tanggungjawab Cikgu Pitri dan MT lak bawah kendalian Cikgu Wan. Aku sebagai penyelaras dan penyiap report serta pemantau... Kalau students tak lepas PraUjian dia akan kena masuk kelas pemulihan PROTIM dan diakhirnya ada satu lagu ujian iaitu PASCAUJIAN... Nanti aku cerita selanjutnya...
3 ulasan:
cayok2 cikgu saril...
hidup sikgu saril....
hidup skolah titom.......
Salam,
Cerita...jangan tak cerita tentang PROTIM tu. Kongsi info mana yang patut, k? Bebanyak info lebih baik. Camne SKT lebih dulu advance dr SKEN? Kami baru terima surat 7 Sept ni. Isnin ni 10 Sept baru meeting.
putra745 to shahril_aley :
TQ shahril
putra745 to syafini_rosli :
TQ Cikgu Fini...
Catat Ulasan