Hari kemerdekaan tiba lagi... sekolah aku tak ketinggalan menyambutnya... walaupun berada jauh di belantara... sambutan tetap perlu dilaksanakan... Bagi mengajar students di sini erti kemerdekaan... 
Pagi Isnin lalu, sekolah aku dah lebih awal mulakan walaupun sepatutnya "Pelancaran" dilakukan serentak hari ini 16 Ogos... kami terpaksa bertindak lebih "proaktive" sebab hari ini juga ada Penilaian Nazir Sekolah untuk Penilaian Sekolah Cemerlang dalam dua kategori (Sekolah Pedalaman & Sekolah Murid Orang Asli) Peringkat Negeri Pahang 2007... 
Pagi Isnin lepas tur kami adakan "Pelancaran dan Pengkisahan Merdeka" secara ringkas... Untuk memberitahu students di belantara ni yang negara kita sedang menyambut Kemerdekaan Malaysia 50 Tahun... Ada yang tahu... ada jugak yang tertanya-tanya apa itu merdeka ??? Memang students di sini "zero"... jadi kami di sini bertanggungjawab untuk memberitahu dan menceritakan semua ini kepada mereka... Mereka hanya tahu menyebut "MERDEKA" dan ada juga yang menyebut "Mereka...D is missing" dan kami faham kepelatan mereka... lebih-lebih lagi students tahap 1... tapi setelah di ajar berulang kali... sebutan itu semakin baik... dan ada juga yang masih lagi menyebut pelat... 
Kalau nak cerita pasal pelat di sekolah ini macam-macam perkataan... terutamanya kalau kita tanya "Apa khabar" dan mereka akan menjawab "Khabar bayek"... sepatutnya "Khabar baik"... dan satu lagi... "Air" diorang sebut "Ayer"... Kekadang puas dah ajar tapi masih macam tur jugak... Apa-apa pun Pelancaran merdeka telah kami sempurnakan dan 29hb nanti Sambutan Ambang Merdeka kami akan sambut... Jom beramai-ramai laungkan "MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA"
p/s : masih tertanya-tanya "merdekakah kita sebenarnya pada hari ini ??? " tepuk dahi tanyalah akal masing-masing...
2 ulasan:
secara jujurnya, aku bukan jenis patriotik dalam sambut merdeka. sori ye bro.mungkin aku tak rasa pengalaman sebelum zaman merdeka kot. hehehe...tapi aku paham ape itu kemerdekaan dalam hidup ini. oleh itu aku dapat merasa kebebasan dalam hidup.
kita disarankan agar memahamai erti kemerdekaan...tanpa pejuang2 kemerdekaan yg dulu...mungkin kita takl seaman ini..merdeka! merdeka! merdeka!
Catat Ulasan