Isnin, 9 Julai 2007

LECTURER IPTAA MASUK

Semalam Cikgu Pra dapat call dari My GB. My GB bagitahu ada 3 orang lecturer dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis akan masuk pada hari ni. Jadinya lepas habis sesi persekolahan tadi...Cikgu Saril dan Cikgu Pra dengan rela hati (walaupun penat semalam yang sampai kat sekolah malam tadi pukul 8.30 malam pun tak abis lagi)...pergi turun ke Simpang Lenjang-Pos Titom untuk menjemput dan bawa naik lecturer-lecturer ni...semuanya lelaki.Jam 1400 kami bertolak dari sekolah...kami mintak bantuan pekerja sekolah...nasib baik Cikgu Shah, Cikgu Sidi dan Cikgu Limi sudi "mengorbankan" motor-motor mereka...TQ. My GB bagitahu kat Cikgu Pra nak masuk...tapi "haram" tak masuk gak...menurut cerita salah seorang lecturer tur, My GB ada meeting di PPD...oh ye ke ???


Jalan punyer lah berselut, licin dan berlongkang sana sini...semalam hujan lebat...Dalam perjalanan nak turun di Bukit Cincin, kami bertembung dengan "team kesihatan"...En. Tengku ada dan beberapa orang lagi dalam team dia...aku sempat juga bantu menolak motor diorang...nak naik memang seksa...tolak kat bukit licin...Malam semalam lagi ler teruk. Dengan hujannya, licinnya lagi...Cikgu Saril, Cikgu Limi, Cikgu Pra, Cikgu Romy serta Apak Ramli juga Apak Harun...sama-sama "berjuang" kat bukit ni lah dengan gelapnya hanya bergantung 100% lampu motor masing-masing...Kami ambil hampir 45 minit untuk sampai ke Kampung Cincin (kampung pertama dalam Pos Titom...ada 3 kampung yang perlu kami lalui sebelum sampai ke sekolah). Jam lebih kurang 7.45 malam...aku memalam ni mata bukannya molek sangat...dah ler rabun jauh...tambah-tambah pulak dengan rabun malam dan silau...aku pakai redah jer dan hafal jalan mana tang longkang, mana tang berselut, mana tang nak selekoh dan mana tang nak naik bukit...janji selamat...perjalanan malam tadi memang lembap macam kura-kura...huhuhu


Berbalik pasal perjalanan masuk lecturers tur. Akhirnya...aku dan Cikgu Pra terserempak dengan lecturer tur di lepas sedikit dengan "Titi Pitri" (Cikgu Pitri jatuh dengan motor ADN dia dalam gaung kecil tur...sebab tur panggil "Titi Pitri"). TQ pada Apak Yatim, Apak Mazlan dan Apak Bek Lan...diorang yang bawak lecturer2 tur...pergi jemput di SK Lenjang. Cikgu Saril dan Cikgu Pra bawak beg-beg lecturer...hehehe..."mengelat". Siap salah seorang lecturer tur bawak "beg bertroli" macam nak naik "kapal terobang"...Emr, tak kisah la tur kan ???


Sesetengah tempat lecturer kena jalan kaki sebab motor-motor amat berisiko melalui jalan-jalan di tepi gaung dan bukit licin...kang jatuh, siapa nak menjawab...??? Kalau ada insurans okey la jugak...hehehe... Tapi yang sadisnya...mereka tak bawak air sebarang bekalan air untuk minum...nasib baik ada air mineral "fresh" keluaran "Titom Water" yang di "sponsor" oleh Cikgu Pra...ye lah kan...bekas lecturer dia di IPTAA dulu...Aku "sponser" air untuk Apak-apak tur...huhu...Lecturer tak habis-habis puji kami "orang muda terer"... Tak per la encik..."Alah bisa tegal biasa"..."bemula kerana keterpaksaan, kini menjadi kebiasaan"


Jam 1610 pm, akhirnya kami sampai di "daerah terasing"...sesi suai kenal antara Cikgu Saril dan lecturers IPTAA bermula...borak-borak apa yang patut...yang sadisnya lagi...tak der cikgu yang "menyambut" kami...nasib air kopi dah ready awal..kami jamu lecturer2 tur dengan "biskut mayat"...so angkat jer lah ke "canteen" dan sesi "minum-minum air bujang trang tang tang" bermula...ahaks.


Kedatangan lecturer IPTAA yang seramai 3 orang ni adalah untuk Pemantauan KIA2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) Tahun 1. Malam ni diorang bagitahu nak tengok dokumen dan analisis...esok pagi diorang akan melihat sesi P&P (Pengajaran dan Pembelajaran)...malangnya, Cikgu KIA2M yang sebenarnya Cikgu Yie sedang ikuti Kursus KDP 14 Minggu Sekolah Rendah Khas Untuk Guru Pedalaman yang bermula 16 Jun 2007 yang lalu...Nampaknya, Cikgu Saril la yang kena ganti...Cikgu Saril baru sekali mengajar BM KIA2M Tahun 1...Emr, esok atau malam ni Cikgu Saril akan terangkan serba sikit perjalanan kelas KIA2M ini...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah la cikgu...
tak rugi negara ada cikgu seperti ni..syabas...