Ahad, 8 Julai 2007

1st EPISODE "CAMERON HIGHLANDS"

Seperti yang dijanjikan Cerita dari Cameron Highlands. 21 Jun 2007 lepas, Cikgu Saril dengan Cikgu Pra dan Cikgu Sidi kuar hari Khamis...sebab kami bertiga tak solat Jumaat minggu sebelumnya. Petang jam 1445 pm lepas tamat sesi persekolahan...semasa kami kuar dari "daerah terasing", hujan lebat selebatnya sampai ler ke kampung aku...habis segalanya basah...termasuklah yang "dalam-dalam"...opsss...

Lepas mandi dan solat Asar, kami melantak nasi paprik yang pedas sebab seharian kami tak makan kat sekolah...sempat jamah nasi goreng Cikgu Pitri masak time rehat tur... Disebabkan terlalu pedas nasi paprik tapi sedap woo...membuatkan kami bertiga sakit perut dan masing-masing berebut "toilet"...nasib baik toilet rumah mak aku kat kampung tur ada dua biji...pilih ajer yang mana suka...nak duduk atau yang me****...hehe (sampai driver berapa kali berenti nak "u'uk" ...wakaka)

Dalam syok borak-borak sementara makan ni...tiba-tiba "terpacul" idea dari mulut Cikgu Saril. "Kita pergi Cameron Highlands nak ?" Dari sekolah dah...minggu sebelumnya aku dengan Cikgu Sidi ada borak-borak teringin sangat nak ke Cameron Highlands. Jadinya konon-konon sebelum subuh Jumaat 22 Jun 2007, kami akan ke Cameron dengan MyVi 2250 (mas kawin negeri Pahang tur...)
Aku malam tur tido di rumah sewa Cikgu Pra dan Cikgu Sidi lepas mintak izin dengan mak aku...ye lah mestilah kena bagitau...kang jadi apa-apa susah jugakkan ??? Malam tur juga kami buat "upacara melantak selantak-lantaknya" ...(Sorry "Irwan Zulkifli - The Kingdom" kalau tak paham ayat-ayat Cikgu Saril ni...) Padahal, petang tur baru jer makan nasi paprik Cikgu Sidi belanja... Jam 2210 kami melangkah ke KFC...Cashier KFC dia pulak... "Mak datok"...punyer la cun melecun...tapi macam bini orang jer...huhu
Lastnyer...masing-masing penat dan "so'os" (kenyang teramat-amat dan perut sendat sebab makan@"melantak" Black Paper KFC dan Meltz juga Chocolate Moist Cake beli kat Kedai "Ah Chong Batu 2" tak ingat...)Lepas subuh jugak ler kami bertolak...jam 0625 am. Asyik borak jer...kami sempat lalu depan sekolah kat area Lipis ni...hehe, kami pulak "melencong" ke Cameron...tapi niat murni kami nak solat Jumaat...2 Minggu beb, tak solat...saper nak tanggung ??? Kami jugak kan...




Kami sampai di Gua Musang lebih kurang jam 0845 am. Masing-masing perut mula "main lagu keroncong"...Kami singgah di kedai makan kat R&R Gua Musang lepas driver "u'uk" buat kali ke berapa pun aku pun tak tahu di Shell GM. Cikgu Saril pesan roti canai telur sekeping dan milo suam kurang manis...Cikgu Sidi pun tiru aku...Cikgu Pra pulak, makan nasi putih dan ikan goreng...dalam sakit-sakit perut tur, sempat lagi nak melantak lagi...yang penting "enjoy" dan badan maintain slim...Ye ke ??? Apa...??? "petak-petak"...uhuks...


Lepas melantak dan aku sempat lagi snap pic pakcik yang tebar roti canai tur, kami pun bergerak ke Tanah Rata.



Kami melalui "Kuala Lipis-Gua Musang-Simpang Pulai Exit Kampung Raja (Cameron) ".



Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan panorama yang cantik dan membuatkan kami kagum dengan ciptaan-Nya...Sempat jugak kami berenti dan snap pic dengan Nikon.Yang tak sangkanya, kami lalu depan SK Pos Brooke, Gua Musang. SK Pos Brooke ni adalah salah sebuah sekolah yang popular satu ketika dahulu dengan "kesusahan" macam yang masih kami alami sekarang...Tapi pada hari ni, SK Pos Brooke semakin moden...Jalan bertaraf lebuh raya lak tur depan sekolah...Kami berenti kejap...sebab aku nak "shhh"...hehehe...Kebetulan hari Jumaat, sekolah-sekolah di negeri Kelantan cuti. Aku pun pernah praktikum mengajar di Kuala Krai dan Kota Bharu...yelah aku kan bekas guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan...(sekarang IPKB)Cikgu Pra dan Cikgu Sidi pulak sibuk "berposing" depan pintu masuk sekolah tur...apa-apa jer la diorang tur...yang penting aku pun "join sekaki"...tapinya aku yang kena banyak snap pic diorang...macam-macam posing...yang tak tahan tur...style ala-ala modelling pun ada...yang paling best "peace" macam BU...hai, korang rindu yer kat BU ??? Ahaks...Cukup lah dulu kot untuk "1st Episode "... Tunggu citer yang seterusnya esok. Citer sambungannya aku tak pasti lagi bila boleh siap... sebabnya esok ada "Pemantauan KIA2M Tahun 1" oleh lecturers dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis (IPTAA)... Malam esok try ler jengok-jengok CDB ni ek... kot-kot aku sempat update...tapi biasanya sempat walaupun busy...hehehe...

Tiada ulasan: