Khamis, 5 Julai 2007

"KALOK* (TAK TAHU)"

Cerita diteruskan lagi...kalau nak ikutkan banyak yang nak diceritakan dan dikongsi dengan korang...aku pun kalau tak ditempatkan mengajar kat sini, mesti tak akan dapat idea nak cerita pasal-pasal macam ni.

Kini tahun ke-4 aku di sini...kira lama jugakkan ??? Tapi aku rasakan kejep jer masa berlalu...Sebab sini aku penuh dengan aktiviti...memula ditempatkan kat sini kira macam tensen gak aku...lebih-lebih lagi aku cakap Melayu, diorang pulak kat sini cakap bahasa Semai...hari makin hari aku terpaksa juga belajar bahasa diorang. Nak tak nak terpaksalah jugak...takderlah "petah" sangat...masih lagi "belajar", tapi bolehlah nak faham dengan apa-apa diorang nak tanya atau cakap...Memang tak "lengkap" jadi cikgu kat sini kalau tak faham langsung bahasa diorang...Orang kata, "kalau tak reti banyak, sikit pun jadi lah...dari tak nak mencuba langsung"...betul tak ???

Bagi aku mana-mana bahasa ada keunikannya tersendiri...Tapi aku "terkedu" dengan peristiwa petang kelmarin...Begini kisahnya...

Jajak 1 : Cikgu, eng hot kap macot gek...mong cikgu ? (Cikgu, saya nak mintak sikit ikan bilis...ada cikgu)

Cikgu Saril : Mong...tapi cikgu kena tengok dulu dalam bilik ration. Jajak poitt err. (Ada...tapi cikgu kena tengok dulu dalam bilik ration. Makcik tunggu kejap ya)

Jajak 2 : Eng pun samak cikgu...buleh eng hot gek kap macot ? (Saya pun sama cikgu...nak mintak ikan bilis sikit, boleh ?)

Cikgu Saril : Poitt...poitt er...eng hot ma kuncik bilik ration. (Kejap...kejap ya...saya nak ambil kunci bilik ration)

Aku pun pergilah ambik kunci bilik ration (catuan makanan yang dibekalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)...Kebetulan pulak masa tur, bebudak yang ditugaskan ambil barang makanan untuk dimasak oleh tukang masak khas bekalan ration ni pun ada sekali..."Jajak" (makcik) ni macam tahu-tahu jer aku nak beri bebudak ni bekalan makanan ration..."Kap Macot" tur ialah ikan bilis...

Cikgu Saril : Jajak, eng kasi sama hek gekk err...buleh ? Nanti eng takut bik sama kap macot pek cukup untuk sayet sekulah... (Makcik, saya boleh beri sama makcik sikit jer...Sebab saya takut nanti ikan bilis untuk murid-murid sekolah tak cukup...)

Jajak 2 : Paniey...pek kiraklah cikgu, gek pun gek la...eng walah lauk deh... (Faham...tak kisahlah tur cikgu, sikit pun sikitlah...saya dah takder makanan ni)

Aduss, kesian pulak aku mendengar...tapi tolong tur kena berpada-pada jugak...kang hari-hari mintak, apa pulak students aku nak makan nanti. Bukan apa, untuk kepentingan anak diorang jugak...lapar pulak anak diorang balik sekolah takder makanan...Bebudak sekolah sini, habis kelas 1.15 (setiap Isnin & Selasa) dan 12.45 (Rabu & Khamis) dan 12.15 (Jumaat) akan makan nasi dengan bekalan dari JHEOA yang dihantar setiap 15hb tiap-tiap bulan.
Cikgu Saril : Mong plastik (Ada plastik)...?
Jajak 1 : Walah cikgu (Tak ada cikgu)
Cikgu Saril : Cip ma rumah cikgu sebelah, mintak sama Cikgu...(Pergi rumah cikgu kat sebelah, mintak plastik sama Cikgu)
Salah seorang daripada diorang pun pergilah rumah sebelah mintak plastik...Aku pulak saja jer lah tengok-tengok dalam almari bilik ration tur...kot-kot ada plastik atau benda ada yang boleh dibuat untuk isi ikan bilis tu...aku jumpa "NEWSPAPER" lama.
Cikgu Saril : Ni ada kertas surat khabar...boleh guna.
Jajak 1 : Sahhh...!!! (nama makcik tur kot ???...aku pun tak tahu) Deh, mong "PAPER" (Ni ada kertas)
Wah !!! Terkejut aku...pandai jugak diorang guna bahasa Inggeris...boleh tahan jugak...Setahu aku, kalau kertas diorang pun panggil kertas jugak...mungkin anak-anak diorang ajar kot...mana tau kan ???...makcik-makcik ni dah tua, rase-rasenya sekolah pun tak sempat. Sekolah tempat aku mengajar ni secara rasmi dibuka tahun 1978...makcik-makcik ni lahir tahun berapa...???
Itulah tak rugi kita pandai banyak bahasa ni kan...Betul tak ??? Aku masih lagi dalam proses belajar bagi menguasai bahasa Semai...Kamus Bahasa Semai-Melayu-English pernah dikeluarkan oleh PPK dengan bantuan guru-guru Orang Asli, tapi bahasanya lebih kepada Bahasa Semai Perak...Bahasa Semai Perak banyak bezanya dengan Bahasa Semai Pahang...dan ada juga yang berbeza mengikut setiap POS...macam POS Lenjang dan POS Titom, sesetengahnya ada berbeza dari segi penggunaan perkatan dan bunyi...Nanti aku cuba tengok dan kaji semula.
p/s : rase-rasenya Kamus Bahasa Semai-Melayu-English tur ada sama Cikgu Pra... To Cikgu Pra : "Hai...nak buat "pekasam" ke ? Bila nak pulang tur..dah dekat setahun lebih ni...wakaka...

5 ulasan:

Merakemas berkata...

hehehe...keciannya diaorang tu cikgu....tapi, kenapa tak gi tangkap ikan kat sungai tu? masa akak kat Ulu Baram dulu, orang kampung yang hantar ikan kat cikgu-cikgu.....siap dengan beras dan sayur lagi tu...... kekadang bila ujung minggu, bapak2 budak ajak cikgu2 lelaki ni pergi memburu, dapat rusa lak....BBQ besar-besaran le........Akak terfikir gak, tak 'kan tak de ikan lam sungai tu......

Unknown berkata...

hai kak...memang la ada.tapi diorg org kg yg tangkap la. cikgu2 sini malas nak g...lagipun byk kejer lagi nak buat...skrg bukan mcm zaman dulu...cikgu kerja 64 jam seminggu...melebihi had antarabangsa...dulu2 ada gak join...tapi kalau menyusahkan badan...penat...esok nak mengajar lagi...kejer banyak...diorg leh tolong ita siapkan kejer ke? tapi pandai2 la bahagikan masa...macam aril mmg busy...my scol...MY GB dah 3 bulan xmasuk...poning2 dibuatnyer...

Unknown berkata...

Best juga kalau belajar bahasa semai ni.... Salam kenal... Saya orang asli bahasa Temuan....

Bes na kaluk laja basak semai nin, oo salam kemik... Akuk oang aseli basak Temuan..

Ayap berkata...

rwai maksud dia ap ye

adie,, berkata...

Maiga