Selasa, 19 Jun 2007

SUKAN TAHUNAN 2007 - 1ST DAY

Atas permintaan rakan-rakan blog dan cikgu-cikgu kat sini...walaupun letih dan sengal-sengal badan...aku update jugak la citer pasal sukan di hari pertama malam ni...Rasa macam tak lengkap jer kalau tak update blog...hehehe...


Aku tak berapa nak larat untuk taip citer panjang-panjang...jadi korang tengok pic-pic ni jer la yer... 8.00 pagi acara dimulakan dengan Senamrobik...




Biasanya tiap-tiap kali sukan, Cikgu Yie yang handle senamrobik ni...senamrobik dia ada menari-nari sikit...tapi hari ini Cikgu Limi yang ambik alih...sekali macam training nak main bola daa...Tapi syok jugak sebab lagu rancak...berpeluh-peluh jugak dibuatnya cuma susah sikit caranya...bebudak pun enjoy...okey jugak la...sejam jugak kami senamrobik..


Sukan kali ini dirasmikan oleh GPK Ko-Kurikulum SKT iaitu Cikgu Abdul Shomad...Kali ini simple...sebab kami ada kejutan di majlis penutupan petang esok...


Habis senamrobik dengan masing-masing berpeluh, sesi bergambar bersama-sama guru-guru dan semua students...


Jam 9.30 pagi, acara pertama iaitu Merentas Desa Titom-Jernang-Salak-Titom dimulakan. Aku jaga check point terakhir sesorang dan bertindak sebagai pemberi kad nombor kepada pemenang...nasib ada Yatim yang membantu aku...Cikgu-cikgu lain di check point masing-masing...check point di Kampung Salak memakan masa hampir 20 minit berjalan kaki...semalam dah buat training...


Masing-masing semangat nak menghabiskan acara merentas desa ni...jaraknya lebih kurang 6KM pergi dan balik...okelah tur kan...semuanya berlari...ada 4 kategori : Lelaki & Perempuan Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) dan Lelaki & Perempuan Tahap 1 (Prasekolah, Tahun 1, 2 & 3)...Keputusannya : Merah 73 ; Biru & Hijau 62 ; Kuning 58.

Selepas rehat, acara diteruskan dengan Lompat Jauh. Kali ini Rumah Biru menguasai Perempuan Tahap 1 & 2 dan Lelaki Tahap 2. Keputusan bagi Lompat Jauh : Biru 16 ; Merah & Hijau 8 ; Kuning 5


Acara seterusnya ialah 4x100 meter dan 100m (individu)...aku lihat students rumah aku masing-masing muka merah sebab panas dah...mana taknya, pukul 12 tengahari...tengah panas-panas berlari...aku terima kasih sangat pada Wak Di (Calon Olahragawati - Juara Merentas Desa Perempuan Tahap 2, Lompat Jauh dengan 2.67 meter, 100m (individu) dan Naib Juara 4x100m) Begitu juga dengan Lumut (Harapan aku : Ke-7 Merentas Desa Lelaki Tahap 2, Juara Lompat Jauh dengan 2.73 meter, Naib Juara 100m (individu) dan 4x100m)...Begitu juga pada Amri, Bah Dou, Shima, Mona, Wak Penat, Rubiah, Sugi, Romsi dan Sengayong yang banyak membantu markah Rumah Biru.


"Keputusan Penuh Hari Pertama" : Biru mendahului di hari pertama dengan 105 ; Merah 95 ; Hijau 90 dan Kuning 86. Rumah Biru juga telah menjadi Johan Bola Sepak 5 Sebelah dan Naib Johan Bola Jaring yang telah diadakan dalam Liga Bola Sepak dan Bola Jaring pada 13 & 14 Jun yang lepas.




Ops...belum habis lagi...ada acara "istimewa"...100 meter antara guru-guru...kelakar giler...pecah perut ketawa lepas habis acara...punyerlah masing-masing nak menang...macam-macam skill keluar...ada yang "menguak" macam kuak nak berenang dalam sungai (aku la tur...mengaku...hehehehe..), ada yang tolak dan himpit-himpit dan ada jugak yang pintas ikut luar trek...siapa tur ??? bekas sprinter UUM...Cikgu Omad... Jadi keputusannya aku No. 6 daripada 8...kira kuat gak aku kan ??? Cikgu Pra pulak mana tak menangnyer...main kuak-kuak jugak...tur yang dapat no. 3...ah...tak aci sungguh la...Nasib baik tak pijak Cikgu Hemi...Aku tak tahu pun ada acara mengejut ni...aku dengan seluar slacknya...sebab aku sepanjang hari ni jadi pencatat semua keputusan sahaja...tup-tup ada pulak acara ni...apa lagi...menyingsing kaki seluar sampai ke lutut la...eh...peha...ahh lantak ler nampak B*** pun...janji aku lari gak...Jam 2 petang semuanya beres...






Petang lepas Asar, aku dan Cikgu Pra menyiapkan persiapan pentas untuk penyampaian hadiah esok di kantin sekolah...Kami ni semuanya cikgu lelaki kat sini...so, apa pendapat korang tengok decoration Cikgu Saril dan Cikgu Pra ???


Lewat petang, Cikgu Sidi, Abe Din, Cikgu Pra dan Cikgu Pitri serta aku tak ketinggalan la...menyiapkan padang untuk trek sukaneka esok...

Cukup la dulu kot, esok sambung lagi...aku penat sikit...esok ada 25 acara...aiyoor....pukul berapa habis pun tak tahu lagi tur...kalau ikut tahun lepas acara sikit dari tahun ni pun abis kul 3 petang...ni ada acara tambahan...tak tahu ler pukul berapa bereh ???

p/s : Sukan kali ini 4 orang guru tiada : Cikgu Shah & Cikgu Marop ; Kursus KOSM Mathematics & Science Year 6 2008, Cikgu Yie ; Kursus KDP 14M Khas Guru Pedalaman dan My GB ; Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ??? (Macam tak percaya jer...emr...kami jer yang tahu semuanya di sini...)

Tiada ulasan: