Macam-macam nak cerita hari...nak share dengan korang semua yang berada kat luar sana...entah kenapa, sekarang ni suke bebenor nak berkongsi cerita...cerita yang baik kita jadikan teladan, cerita yang buruk kita jadikan sempadan...tak gitu ???
Kita mulakan ceritanya sekarang...awal-awal pagi aku dah bangun...tapi bangun ajer...terus tertanya-tanya...Betul ke hari ni Isnin? Yelah...biasa cuti 2 hari...Sabtu kan ada sekolah ganti...rase puas bercuti tak hilang lagi...Minggu ini aku jadi Guru Bertugas Mingguan...kena handle assembly...Habis asssembly, kami cikgu-cikgu buat penyerahan baju sukan untuk sukan esok dan lusa...kelas demi kelas dipanggil...
Selesai penyerahan, P&P kembali berlaku...aku masuk Tahun 6...kelas sains hari ni...tajuk susah jugak nak explain...aku kena study dulu...kalau tak payah gak aku nak explain kat bebudak ni...Tuas dan Takal...
Tiba waktu rehat dalam syok-syok menikmati Maggi Tom Yam, kami dikejutkan dengan satu kejadian. Korang percaya tak...ayam juga boleh mencederakan manusia...berdarah kepala Soin, student Tahun 2. Kepalanya dipatuk oleh Ayam Jantan...banyak darah...habis baju...meleleh-leleh darahnya...Cikgu Pra dan aku jadi "doktor" sementara...korang tengok ajer la...
Selepas rehat...lebih kurang jam 11 pagi...aku dan cikgu-cikgu yang ada salin baju dan pakai kasut sukan untuk Latihan Merentas Desa. Students semuanya dah ready di padang. Cikgu Romy mengetuai streching pada kali ni...Aku, Cikgu Sidi dan Cikgu Pra bersama-sama En. Yatim (Naib PIBG) bergerak ke Kampung Jernang iaitu lokasi untuk acara Merentas Desa...Kami jalan kaki dulu...sambil-sambil jalan tur aku snap pic-pic ni...banyak sangat pic kat sini...jenoh pulak korang nak scoll kan...
Sesambil menunggu bebudak sampai ke check point aku...aku snap pic-pic ni ...track untuk Merentas Desa lebih kurang 4 KM (pergi dan balik)...lebih kurang 5 minit aku menunggu, kumpulan pertama pun sampai...bersemangat sungguh diorang ni...aku dah bagitahu siap-siap...hari ni hanya latihan, esok baru yang betul-betul...emr...diorang ni memang semangat kesukanan betul...pepagi tadi...kami cikgu-cikgu dah buat lawak..."Ni kan Sekolah Sukan...." Apa taknya...2 minggu ni penuh dengan latihan sukan...
Petang ni persiapan padang akan dibuat untuk Sukan Tahunan SKT yang akan berlansung 19 & 20 JUN 2007...esok dan lusa la maknanya...tapi cikgu-cikgu lain tak sampai lagi...semalam sepatutnya mereka dah sampai...tapi mungkin sebab jalan teruk atau jambatan runtuh...mereka terpaksa patah balik...harap-harap mereka sampai la petang ni...kami dah tak larat nak menelan nasi dengan ikan merah dalam tin dan ikan kering...rase tak lalu dah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan