Selasa, 22 Mei 2007

CHECK MALARIA BY KKM

Minggu ke-20. Hari ni baru aku masuk bertugas selepas beberapa hari bercuti sebab kurang sihat dan “terkandas” di dalam perjalanan. Sakit kepala aku datang semula. Sejak semalam aku juga sakit perut…nak cakap salah makan…rasenya tak…Semalam (Isnin) aku masuk selepas “terkandas” dalam hujan dan jalan teruk. Jalan semalam jam 11 dari Felda SK. Sampai di sekolah jam 2.30…jalan licinnyer…tapi nasib baik dah tukar tayar baru…

Malam semalam, Pak Lah umumkan kenaikan gaji buat semua kakitangan kerajaan. Beliau mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada Perhimpunan Hari Pekerja 2007 Sektor Awam di PICC, Putrajaya, semalam. Jadi maknanya gaji aku naik 25%. Alhamdullilah…



Sebenarnya hari ni aku nak story pasal “geng Kesihatan” buat rawatan untuk “Kawalan Malaria”.


Jam 9 pagi ni geng kesihatan tur minta keizinan daripada pihak sekolah untuk rawatan. Memang tiap-tiap bulan geng “Malaria” akan masuk ke Pos Titom ini untuk buat check.

Diorang masuk petang semalam juga. 9 orang semuanya. 8 lelaki dan 1 perempuan. Tapi pagi ini hanya 4 orang sahaja untuk ambil sample darah. Jom tengok pic-pic kat bawah ni.

Semua students dari Prasekolah hingga Tahun 6 diambil darah. Bukan banyak pun. Ala…setitik jer…dan jarumnya kecil ajer… Dah makin canggih peralatan diorang.

Aku juga ceritalah sedikit masalah kesihatan students sekolah ini. Sejak akhir-akhir ni ramai yang demam dan sakit kepala. Mungkin sebab cuaca. Satu lagi, aku mohon agar pihak kesihatan untuk bagi students “ubat cacing”…sebab tahun lepas tak ada pun bagi rawatan “ubat cacing”…setahu aku ubat cacing perlu diberikan setiap 6 bulan sekali…dan salah seorang pegawai kesihatan, akan membawa pekara ini kepada pegawai kesihatan yang bertanggungjawab. Mungkin next month la…harap-harap begitulah…

TQ pada En. Zulkipli (PP Kesihatan Persekitaran Vektor Pahang), En. Shamsul (PKD Lipis), En. Fadilah (PKD Poliklinik Sg. Koyan) dan Mr. Harun (PKD Pos Titom).

1 ulasan:

shahril aley berkata...

ko memang cikgu yg perihatin terhadap anak murid. memang patut kau jadi cikgu & memang patut aku tak jadi cikgu....