Isnin, 21 Mei 2007

LIMA HARI PUNYA CERITA

Lima hari aku tak menaip apa-apa kat blog ni…rindu pulak…Lima hari juga aku kumpul cerita untuk catatan kali ini…kita mulakan dengan hari Khamis lepas. Last Thursday, aku sebenarnya tak beberapa sihat…tapi semuanya terkawal. Aku masih lagi boleh pergi mengajar dan hadiri Mesyuarat Sukan Tahunan bagi kali ke-3 pada jam 11 pagi untuk meneruskan perbincangan yang tertangguh. Habis meeting kul 12.30. Lepas siap solat Zuhur aku bersiap-siap untuk “keluar”. Maknanya aku tak bertugas hari Jumaatnya…kebetulan aku tak berapa sihat dan solat Jumaat pun dah 2 minggu berturut-turut tak solat. Last week aku tak leh nak solat sebab hari Sabtu, sekolah kena buat sekolah ganti dan Jumaat sebelum tur, aku “diserang” oleh pacat hutan…darah tak berhenti-henti keluar. Aku balik dengan Cikgu Omad. Sepanjang perjalanan kami, hujan turun tak berhenti-henti…lebat pulak tur. Aku pun dua kali melakukan aksi “stuntman”. Mula-mula jalan Titom. Kemudian, jalan Lenjang…luka la juga kat lutut kanan dan sakit sikit sebab terhentak kat batu lutut tur…jalan licin…pastu tayar belakang aku “botak”. Terima ajer ler…itu ler cabaran. Sampai di kampung, masih lagi hujan…sampai dalam kul 4.30 petang. Lepas solat Asar, aku tertidur depan TV sampai maghrib. Malam tur, buat pertamanya…member blog call aku…Shahril_Aley.

Hari Jumaat. Pagi tur aku bangun awal. Lepas solat Subuh, aku basuh baju. Kemudian, dok rehat. Sakit aku dah okey sikit…walaupun masih belum “kebah”. Sambil tunggu “wash machine” siapkan tugasnya, aku breakfast dan tengok TV jap. Selesai semuanya, aku makan ubat dan terus tidur. Petang aku tak buat apa-apa pun lepas balik solat Jumaat. Tengah syok tengok TV aku terima call, adik aku nak balik Sabtu (esoknya la…).Bolehlah dia temankan aku pergi kenduri kawin Dayana…hari Ahad (semalam). Hari Jumaat ni berlalu begitu sahaja…aku pun tak berapa nak sihat lagi…asyik tidur ajer ler…

Sabtu pagi…aku hantar message pada My GB. Mintak My GB uruskan hal soalan mid-exam. Tup…tup…pukul 11 pagi dia sampai rumah. Kebetulan aku tengah “mandikan” CBP aku tur…kotor sangat…kesian CBP aku…macam-macam calar balar dan goyang sana sini… My GB baru semalam balik dari Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor Bharu. My GB ada belikan “ole-ole” dari sana…

TQ My GB. Lepas borak-borak dan uruskan hal sekolah dgn My GB…aku ke perhentian bas…Hari ni (Sabtu) adik aku aie balik. Pukul 12.30 bas sampai. Petang Sabtu sebelum hujan…aku round-round kampung dengan adik aku…dah lama tak “pusing-pusing” kampung…ada gak setahun aku tak pusing satu kampung ni…banyak rumah-rumah peneroka kat sini dah berubah…Itulah namanya perubahan dan kemajuan dari segi ekonomi dan social. Kalau dulu…senang nak tengok rumah Felda…sekarang ni hanya tinggal satu dua buah rumah ajer…itu pun memang “tuan rumah” dia jarang-jarang balik dan tak pernah balik…just hanya ambil duit hasil tiap-tiap bulan dari Pejabat Felda. Maghrib di senja Sabtu, diiringi hujan renyai-renyai. My Sister pun ada balik…My Sister naik bas dari Raub jam 7.15 dan sampai kul 8.10 tengah aku layan “Buletin Utama”. Lepas Isyak, aku, adik dan my sister makan la…mak dah makan awal petang lepas habis pertandingan masyid peringkat Dun Jelai di dewan besar. Mak AJK jer...Jam 9.00 ada Akademi Fantasia 5 Final. Aku penyokong Mila…buat pertama kalinya…aku hantar undi untuk MILA pada malam tur…hehehehe…biar pun 1 undian sms, ia tetap menyumbangkan??? "Sorry Aley…Heliza tak menang…aku pun minat Heliza gak…wakakaka…" MILA menang malam tur…Habis AF terus tidur…sebab esoknya (Ahad) nak kena bangun awal nak ke pasar, ke bengkel baiki CBP dan nak balut hadiah untuk Dayana.


Pagi Ahad, aku pergi ke pasar. Seperti biasalah…beli ayam, sayur dan apa-apa yang beleh dibeli untuk “bekalan” seminggu. Balik pasar, aku balut hadiah untuk Dayana. Balut orang lelaki…cincai jer…janji kemas…yang penting IKHLAS…apa hadiahnya??? Hehehe…periuk nasi elektrik…jenama Pensonic…aku lupa nak ambik pic periok tur…dah siap balut, baru teringat. Korang tengok jer ler yang dah siap balut…


Korang teka ler yang mana satu...kalau yang 4 segi sama tur ye ler...kotak yang ada bunga merah besar-besar tur...hehehe...pandai tak aku balut ??? Tengahari tur aku makan nasi kenduri kawin Dayana…

Kebetulan Cikgu Romy sampai awal..so, aku ajak sekali la…Aku pergi jugak dengan Hazril (member satu kelas sekolah menengah dulu, sekarang mengajar di SMK Padang Tengku).

Ramainyer jemputan Dayana…maklumlah anak cikgu…Ayahnya bekas cikgu English aku kat sekolah rendah. Rumah Sir Mat Lela. Dayana ni satu kelas aku…kelas Sains khas…tak ramai…SPM 1999…Cuma 7 lelaki dan 12 perempuan. Tapi kat kenduri Dayana ni, aku cuma jumpa Inawati, Kams dan Asmah.

Inawati dan Kams ada sms pada malam Sabtu tur kat nombor Maxis aku…tapi aku balas ikut Celcom…Yang lain semuanya busy. Tak dapat balik kenduri kawin Dayana ni. Last week aku ada chat dengan Anom kat YM…dia pun tak dapat cuti…kejer…semuanya kejer. Iwan pulak, bini dia sarat mengandung. Menghitung hari sajer lagi. Mak Iwan kata, 23/05 ni. Iwan ni lah yang aku jadi pengapit dia time dia kawin bulan 8 last year. Jom kita tengok pic-pic sekitar majlis perkahwinan Dayana.


Pukul 1.30, aku hantar adik aku balik KL naik bas…kemudian, aku siap-siap nak balik ke Titom. Mendung…pukul 3.30 kami memulakan perjalanan kami. Kali ini Cikgu Saril, Cikgu Yie, Cikgu Omad, Cikgu Pitru, Cikgu Limi dan Cikgu Romy sahaja. Yang lain tak keluar. Dok "bertapa" kat Titom ni la...

Dalam perjalanan ke RPS Betau…kilat sabung-menyabung dan hujan turun lebat…aku jangan cakap lah…dengan basah kuyup, mengigil-gigil dibuatnya atas CBP…meredah hujan lebat…sabor ajer ler…kul 4 baru sampai di RPS Betau. Hujan terus lebat…Cikgu Yie dah lama menunggu di sana. Hujan lebat…hari makin lewat…kami tunggu hujan reda…sampai kul 5 masih belum reda hujan.

Makin lebat ada…kemudian, kami pun discuss…kebetulan 3 GPK ada kali ini…hehehehe…kami pun ambil keputusan dan “menyenaraikan” segala pengalaman-pengalaman lepas masuk ketika hujan lebat…dan lewat.

Antaranya…jalan licin dan berlumpur (dah jadi kebiasaan), pokok-pokok balak tumbang, pohon-pohon buluh merentang di tengah jalan, menolak motor dan sampai antara pukul 8 hingga 10 malam ke sekolah. Termenung kami semua seketika...kesian kat cikgu-cikgu kat Titom tur...tapi nak buat camner kan ???

Jalan dah jadi anak sungai…air hujan penuhi jalan…Jadinya, kami ambik keputusan, jam 11 pagi Isnin (21/05/2007) kami akan sambung semula “perjalanan” kami.

Sampai di Felda SK...aku borak-borak jap dengan Cikgu Omad, Cikgu Limi, Cikgu Pitri dan Cikgu Romy. Malam...aku tidur awal...sakit aku datang semula. Sebab kena hujan la...kaki belah kiri pun rasa nak kejang...tapi alhamdullilah semunya terkawal. Sekian dulu catatan "5 hari punya cerita"...

1 ulasan:

shahril aley berkata...

wah ko kenakan aku dalam entry kali ini ye.....aku tak kisah pun heliza tak menang pasal aku memang tak klua RM untuk undi die. Yang undi cume mak aku je. hehehe.....