Isnin, 23 April 2007

TAWAF SEPARUH PAHANG

Jumaat lepas aku keluar bercuti. Sampai di kampung, rehat sebentar dan bersiap-siap untuk solat Jumaat. Lepas solat, lunch bersama mak...dah 2 minggu tak lunch sama mak...nak-nak lagi mak buat sambal kulat sisir...feveret aku...sedap woo...lepas lunch aku bungkus hadiah besday untuk My Adik, Anirah...

Jam 3.30 petang, aku menuju ke Bandar Lipis setelah mintak izin dengan My Mom nak ke Jengka...aku sampai di bandar Lipis terus ke rumah sewa Cikgu Titom...Cikgu Wan dan Cikgu Sidi ada di rumah tengah tidur dan Cikgu Pra keluar ke post office...Lepas solat Asar kami berempat bergerak ke Jengka menaiki kereta Cikgu Pra.

Hari masih awal, so kami plan nak ke rumah Cikgu Pitri di Maran...Cikgu Sidi hantar sms pada Cikgu Pitri...dalam perjalanan, kami singgah di Pasar Malam Jengka 8...beli sate kegemaran kami...Cikgu Pra suggest kami untuk beli sate di situ...katanya sedap dan boleh bawak ke rumah Cikgu Pitri...kami beli RM 30.00...banyak tur...ada 120 batang...nak makan 6 orang...tengok pakcik yang tengah bakar sate ni..."sporting" siap pandai posing lagi...TQ pakcik...

Lebih kurang jam 9.30 malam kami sampai di rumah Cikgu Pitri...di Kuarters Pendidikan Maran di belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Maran...sampai sahaja, wife Cikgu Pitri (cikgu jugak) dah siap masak mee goreng basah...so, apa lagi...orang kata "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"...perut kami pun dari tadi asyik memainkan "lagu keroncong dan dondang sayang"...wakakaka...licin kami bedal...dengan satenya, mee lagi, apam balik, kepok goreng dan jus tembikai...TQ pada Cikgu Pitri dan Wife...lepas ni boleh la lagi kami datang ek...???

Kami "berpatah semula" ke Jengka...terus ke Jengka Bunga Raya...Jengka berapa? Ha !!! Cari sendiri...sampai di rumah Cikgu Pra, aku menunaikan solat Jamak (isyak dan maghrib)...sambung tengok "Cicak Man" di Astro Ria...kemudian terus tidur...sebab pagi-pagi esoknya nak "shopping" hadiah hari sukan...

Jam 11.00 pagi selepas breakfast, kami ke Bandar Jengka. Aku meminta Cikgu Pra untuk pergi ke Pejabat Pos Jengka dulu kerana aku nak poskan hadiah besday tur...nasib orang tak ramai dan urusan pun cepat..

Kemudian, barulah kami ke "Pasaraya". Hadiah kami nak buat untuk hari sukan nanti adalah dalam bentuk hamper...so, macam-macamlah nak kena beli...tengok ajer pic-pic ni kalau nak tahu k...yang bestnya, barang sini agak berpatutan dan murah...boleh runding lagi harga...TQ En. Asri...lepas ni boleh la lagi kami datang memborong...hehehehe...Cashier pun boleh tahan "cun"...

Banyak barang yang kami beli...hampir RM 600.00 jugak lah abis...dan kami jugak terpaksa ulang alik 3 kali untuk mengangkat barang-barang ni ke rumah Cikgu Pra...maaflah terpaksa jadikan "stor" sementara...

Last memunggah, aku dan Cikgu Pra singgah di Simpang Jengka-Maran-Temerloh untuk beli "ayam golek"...dah tengahari...tak sedar cepat masa berlalu...petang ni kami janji nak lunch di rumah My GB.

Selesai mandi dan Solat Zuhur (Jamak lagi...dengan Asar), kami ke Kampung Tebing Tinggi, Jerantut...rumah My GB di situ...kul 3.20 petang baru kami sampai...dan terus lunch dengan GB...Cikgu Pra, Cikgu Wan dan Cikgu Sidi pertama kali sampai ke rumah GB, aku pulak ini kali keempat...Kul 5.00 kami "chow" sebab GB ada hal...
Kami terus ke Masjid Baru Jerantut...Cikgu Pra nak solat Asar...kami pulak dah siap-siap Jamak sebelum ke rumah GB...sementara tunggu Cikgu Pra selesai solat, aku ambik pic masjid...cantik binaannya...sama seperti Masjid Baru Raub dan Masjid Baru Bentong...


Petang Sabtu masih cerah...Cikgu Sidi mengingatkan untuk belikan ubat untuk Cikgu Marop...sebab dia sakit...Cikgu Marop tak keluar minggu ni sebab dia tak larat nak bawa motor...kami singgah di Farmasi Al-Syifaa, Jerantut...Aku pulak ke bank dan selepas tur ke kedai handphone untuk beli "simcard" baru...ada gangguan sikit la dengan nombor lama...Kalau jalan dengan aku...mesti macam-macam nak pergi...seterusnya destinasi kami ialah "Court Mamoth"...sebenarnya aku nak survey katil...hehehe...ingat dapat tunggakan "elaun pedalaman" yang baru...aku nak beli katil "king size"...best sikit nak golek...bilik punya besar, tapi katil bujang jer...macam tak kena jer...hehehehe...

Sebelum balik ke rumah Cikgu Pra, kami singgah di Pasar Malam Bandar Jengka...teringat aku zaman study di MP Kota Bharu...aku dengan Cikgu Zakie, mesti akan ke setiap pasar malam yang ada kat area Pengkalan Chepa dan berhampiran dengan maktab (sekarang Institut Perguruan)...Jom kita tengok pic aku kat Pasar Malam Bandar Jengka...ada makcik dan awek cun tur "control ayu"...hehehehe...macam la aku ambik pic diorang...tak kisahlah tur...macam "reporter lak aku...wakakaka...


Malam Sabtu di Jengka, kami nonton Concert AF5...aku betul-betul suka dengan persembahan Aizat, Mila dan Candy...memang power la...sambil-sambil tur aku nantikan jugak "awek cun AF5", Heliza...aku just suka tengok concert jer...yang diari-diari memalam tur...sorry...mengarut jer...Habis AF aku terus tidur...nyenyak tak sedar apa dah...

Subuh Ahad itu, aku dikejutkan dengan "alarm" Samsung aku...lepas mandi dan solat, aku dan Cikgu Pra keluar ke Pasar Borong untuk beli sayur, ayam, ikan dan breakfast kami berempat. Jam 9.00 pagi kami terus ke Bandar Lipis...dan aku pulak terus ke balik kampung dan menanti mereka di rumah...perjalanan kami balik ke "daerah terasing" bermula jam 3.30 petang dengan "sang suria" terik menambahkan bahang petang Ahad itu...Cerita Lipis-Maran-Jengka-Jerantut-Lipis hanya sampai di sini...

Tiada ulasan: