Sabtu, 5 Januari 2013

9 tahun


5 Januari setiap tahun adalah genapnya tahun perkhidmatan Cikgu Saril dilantik menjadi seorang
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Bermula di SK Titom pada 2004 diteruskan pada 2008 di SK Mela dan di tahun 2011 sehingga kini bertugas di SK Jalan Bahagia tanpa mengenal erti penat dan jemu dengan mengorbankan masa, wang ringgit, harta dan tenaga serta mencurahkan segala ilmu juga kasih sayang untuk mendidik anak bangsa. 
Hari ini genaplah 9 tahun Cikgu Saril bergelar GURU. 
Syukur Alhamdullilah ku panjatkan kepadamu Ya Allah.
Pada tahun 2010 kisah Cikgu Saril pernah dibukukan bersama-sama cerita pengalaman guru-guru lain
di negeri Pahang sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
"Pahit Manis di Bumi Tok Gajah"

Tiada ulasan: