Ingat nak bercuti sehingga Selasa di kampung, tetapi esok nak kena selesaikan beberapa perkara di sekolah. Terpaksalah esok ke sekolah. Aku dipanggil untuk Taklimat Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya ke -13 yang entah bila diadakan. Aku kena minta pengecualian dari hadiri taklimat tersebut dari Guru Besar esok memandangkan taklimat yang bertarikh 8/12/2011 tersebut bertembung dengan Kertas Geografi SPM 2011 yang kini menjadi tanggungjawab aku.
Memandangkan aku sebagai Timbalan Ketua Pengawas memang tidak dielakkan untuk tidak meninggalkan tugas tersebut. Kebetulan 2 orang lagi Pengawas bersama yang menjaga juga diminta hadiri taklimat SPR tersebut. Jadi hanya akan tinggal Ketua Pengawas seorang sahaja. Susahlah begitu sebab kami dah pun tandatangan aku janji. SPR ??? Ramai lagi yang lebih layak untuk mengantikan tempat aku itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan