Rabu, 10 Ogos 2011

2 Ramadhan ~ 10 Ramadhan 1423H

10 Ramadhan ~ Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Pahang. Bersama-sama Ustaz Fadhil dan Ustaz Muzamil di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Majlis Perpisahan dan Pertukaran Pn. Hajah Norizan bt Mat Ya, GPK Kokurikulum SKJB. Beliaulah guru, ibu, pembimbing, rakan dan idolaku. Terima kasih kerana banyak mengajar guru muda ini untuk menjadi seorang yang komited sepertimu.

Pemantauan Berfokus oleh PPD Temerloh ~ Perjumpaan guru-guru UPSR Tahun 6 2011 diadakan di Bilik Mesyuarat SKJB pada 8 Ogos 2011 jam 10.10 pagi.

Berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya pada 7 Ramadhan yang lalu. Berbuka di tepi tasik. Akhirnya keinginan untuk bersolat di masjid ini menjadi kenyataan. Alhamdullilah.

Bersolat Tarawikh di Masjid Kampung Batu 1, Temerloh di malam Tarawikh yang ke-4. Seronok dan berasa tenang bersolat di sini. Syukur sangat.

Bersolat di Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh di malam Tarawikh yang kedua terletak berhampiran dengan rumah. Tetapi kerana disebabkan oleh kanak-kanak yang membuat bising dan bermain mercun berhampiran masjid membuatkan ramai jemaah tidak selesa bersolat.

Berkesempatan balik ke Felda Sungai Koyan pada 5 Ogos untuk berbuka puasa bersama-sama bonda tercinta. Memang berselera menikmati masakan emak. Terima kasih mak !

Berbuka puasa bersama-sama Ustaz Fadhil dan Ustaz Muzamil di Taman Bahagia Courts. Menu istimewa murtabak yang diberikan oleh seorang "hamba Allah". Terharu sangat. Terima kasih.

Alhamdullilah Ramadhan kali ini banyak aktiviti dan peristiwa yang menjadi kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Syahdunya Ramadhan kali ini dan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Hiba dan sebak sentiasa menyelubungi diriku dalam Ramadhan 1423H.
"Ya Allah berilah aku kekuatan dan semangat dalam Ramadhan kali ini dan semoga aku diberi lagi kesempatan di Ramadhan akan datang. Hanya kepada-Mu menjadi tempat ku mengadu dan bermohon, berilah perlindungan kepada diriku, keluargaku dan semua umat Islam di dunia ini. Amin ~

4 ulasan:

eqbalzack berkata...

salam,
ni blog baru cikgu ke?
mcmana nak follow? takde widget follow..hehe

Karl Laksamana berkata...

slm, bg karl laksmana pulak, ramadhan kali ni byk menguji kesabaran kerana pd 1 ramadhan anak saudara perempuan yg tercinta berumur 17 thn telah kembali ke rahmatullah kerana sakit jantung, penyakitnya itu telah dikesan sejak kecil lg dan setakat itu saja dia mampu bertahan utk hidup. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Unknown berkata...

en.eqbalzack... ni bukan blog baru, tapi blog lama yg baru update... widget follow? ada suggestion nak guna apa?

Unknown berkata...

karl laksamana, semoga Allah lebih menyayanginya...
alfatihah