Isnin, 4 Julai 2011

PPG JUN 2011 : 1st Tutorial

Alhamdullilah, pada 02 Julai 2011 hari Sabtu yang lepas Cikgu Saril dah melalui satu lagi episod baru dalam berkhidmat sebagai guru.
Interaksi pertama di Program Pensiswazahan Guru (PPG) amat menyeronokan dan betul-betul buat Cikgu Saril teruja. Dah lama nak sambung belajar, alhamdullilah baru kini berpeluang. Berkenalan dengan pensyarah dan cikgu-cikgu sesama unit amat selesa dan mudah-mudahan silaturahim ini berkekalan sampai bila-bila. Interaksi seterusnya ialah pada 30 Julai 2011 ini.