Hari ini Sir Saril dipanggil oleh guru besar ke pejabatnya. Dalam fikiran semasa menerima maklumat itu terdektik semestinya hal peperiksaan. Nak pula esok Sir Saril kena hadiri Taklimat Peperiksaan UPSR 2010 di PPD Lipis. Sir Saril juga seorang Setiausaha Peperiksaan di SKM ni. Bila sampai di depan pintu masuk ke pejabat GB, Sir Saril pun beri salam dan pintu pun diketuk.
"Assalamualaikum cikgu", sapaan Sir Saril.
"Waalaikumusalam, ya Shahril, jemput masuk. Duduk," GB mempersilakan Sir Saril duduk dihadapannya.
"Cikgu panggil saya ?", tanya Sir saril memulakan bicara.
"Tadi ada pegawai dari JPN datang ke sini. Mereka dalam perjalanan ke SK Lenjang. Singgah ke sini untuk menyampaikan maklumat ini. Cikgu dipilih untuk menulis kisah pengalaman cikgu semasa mengajar di SK Titom dulu untuk diterbitkan sempena Hari Guru 2010 tahun ini.", jelas GB.
"Cerita saya di SK Titom??!", terbit rasa terkejut dan gembira. Ini bukan kali pertama Sir Saril diminta berbuat sedemikian, cuma projek dengan Institut Perguraun Tengku Ampuan Afzan dulu senyap begitu sahaja.
"Cikgu tulis dalam 3000 patah perkataan. Catat alamat email ini dan nanti hantar ke JPN. saya cerita juga pada JPN tadi, cikgu ada blog. Temanya "Pahit Manis di Bumi Tok Gajah".’" kata GB.
"Sebelum tu saya akan beri pada Cikgu untuk Cikgu baca dan semak sebelum saya emailkan ke JPN nanti. Terima kasih dan insyaAllah saya akan tulis," sambil tersenyum riang dan bangun meninggalkan bilik Guru Besar.
Begitulah sedikit cerita gembira untuk dikongsi dengan semua pada petang ni. Rasa terharu kembali menjelma. Siapa sangka pengorbanan berkhidmat 4 tahun di pedalaman Orang Asli suatu ketika dulu dibalas dengan cerita yang akan diterbitkan bersama-sama dengan segala kisah pengalaman guru-guru di negeri Pahang ini sempena dengan hari Guru 2010 yang bakal di sambut 16 Mei nanti. Sebahagian cerita dan kenangan di SK Titom dulu boleh di dibaca dan diikuti oleh semua di dalam Pengisahan Seorang Aku. Team 2004/2007 SK TITOM tetap tersemat di sanubari. Cikgu Masri, Cikgu Rash, Cikgu Marop, Cikgu Matnor, Cikgu Shah, Cikgu Somad, Cikgu Fitri, Cikgu Romi, Cikgu Salimi, Cikgu Roslan, Cikgu Helmi dan Cikgu Habib tetap dalam ingatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan