Malam 30 Ogos 2007 bertempat di Mama Food House,Kuala Lipis SKT telah mengadakan "Majlis Makan Malam 2007" sempena meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah dan kejayaan Sukan Tahunan 2007 yang telah diadakan bulan Julai yang lalu.
Kali ini dikendalikan sepenuhnya Cikgu Pra... Dari susun atur program, buat kad jemputan (sorry...Cikgu Saril tertinggal kat sekolah... nasib boleh "join" tanpa kad jemputan) sampai la jadi MC malam tur... TQ Cikgu Pra.
Jam 2030 kami semua sampai di situ. Walaupun majlisnya sederhana ringkas tapi sungguh bermakna buat kami... Namun hanya 10 daripada 13 orang warga SKT yang hadir. Cikgu Marop, Cikgu Pitri dan Cikgu Hemi masing-masing dengan hal yang tak dapat dielakkan... 
Menunya macam-macam ada... sedapnya pun boleh tahan... yang best sekali bagi aku "sotong goreng" tur... emr... menjilat jari dibuatnya... siap "kipnap" dari meja lain... semuanya 5 set hidangan... Aku semeja dengan Cikgu Romi, Cikgu Wan dan Cikgu Pra... sental licin kami berempat... meja lain...??? Emr, macam "malu-malu kucing" jer...hehe
Ada ucapan ringkas dari GB... aku pulak sibuk dengan Nikon... huhu... macam malas nak dengar ucapan... tapi memang malas pun... wakaka...
GB juga bermurah hati berikan cenderamata berupa sehelai T-shirt "roundneck"... tapi motifnya tulis "GB SK Titom"... Jeng 3x... (sebut sendiri sound effect Jeng... tur ek) TQ GB...
Settle sesi melantak dan cenderamata pun selesai... sesi borak-borak... macam-macam ler diboraknya... aku bertindak sebagai "photographer" jer... so, borak mana yang patut... sibuk la katakan... snap sana sini... huhu
Makan malam selesai jam 2215... ada kurang 1 jam 30 minit lagi nak sambut ambang merdeka... kami balik rumah bentang toto... masing-masing tidur buat "koir dengkur" lepas detik 12 malam 31 Ogos... Kami memerdekakan diri dengan tidur lepas kepenatan "berjuang" mencari jalan pulang dari belantara siang sebelumnya... lantak ler orang lain nak terkinja-kinja berteriak merdeka... biar kami rehatkan diri... bukan bermakna kami tak merdeka... tapi biarlah dengan hanya rasa syukur dan menadah doa berada di bumi bertuah ni... Amin.
Tak semestinya dengan berteriak dan terkinja melompat sambut merdeka itu sudah merdeka... tanyalah hati dan berfikirlah dengan minda... Memerdekakah diri kita sendiri ??? Fikir-fikirkan...
1 ulasan:
makan free memang best.
Catat Ulasan