Ahad, 9 September 2007

AHAD DI SINI - READY FOR PROTIM 2007

Malam ni aku lebih suka nak berkongsi tentang persediaan PROTIM 2007... mesti yang bukan berada di dunia pendidikan pasti tertanya-tanya apa kebenda ler PROTIM ni... itu adalah singkatan bagi "Program Pemulihan 3M Pasca-Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (PROTIM)" untuk membantu murid tahun 6 yang masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira supaya mereka tidak tercicir dan akan dapat mengikuti pelajaran di peringkat menengah.

Program ini dilaksanakan sejurus selesainya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)... UPSR 2007 baru saja selesai pada 03 hingga 5 September yang lalu. Cikgu Saril telah pun hadiri taklimat ringkas mengenai PROTIM di PPD Lipis pada Selasa lepas (04/09/07) yang disampaikan oleh Puan Rozita Kamaruddin semasa di Taklimat Ujian Diagnostik PPSMI Tahun 5. Ujian Diagnostik Tahun 5 ni pun satu pekara lagi yang menjadikan Unit Kurikulum di seluruh sekolah di negara sekarang semakin sibuk... Hal ini akan aku cerita satu persatu dalam entry akan datang...

Selasa dulu lepas taklimat, kami PK Kurikulum Daerah Lipis memasing menerima set kit PROTIM Bahasa Melayu dan di dalamnya ada 2 set soalan iaitu PraUjian dan Pasca Ujian. Dalamnya juga ada Kertas konsep dan beberapa items melibatkan pengurusan PROTIM yang perlu dibereskan di peringkat sekolah... PROTIM ini adalah merupakan tahun ke-2 pelaksanaannya yang mana tahun sebelumnya 2006 adalah tahun perintis kepada program ini. Alhamdullilah... 8 daripada 9 calon 2006 telah melepasi "Menguasai 3M" dan kini masing-masing sedang belajar di Tingkatan 1 di SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, Pahang.

Manakala malam ini aku menerima Set Kit PROTIM Matematik yang juga di dalamnya ada 2 set soalan untuk Matematik. Malam ini disebabkan lewat mendapat soalan aku terpaksa print 16 set soalan untuk bebudak Tahun 6 jawab bagi PraUjian pada hari Selasa jam 8.00 hingga 9.00 pagi di bawah kendalian oleh Cikgu Wan merangkumi semua kemahiran operasi "Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi".

Esok pula, Isnin (10/09/07) jam 9.00 pagi akan diadakan PraUjian bagi Bahasa Melayu di mana ia melibatkan Ujian Lisan dan Ujian Penulisan bagi melihat penguasaan Kemahiran Bacaan dan Kemahiran Menulis di kalangan calon UPSR. Ujian Penulisan akan dimulakan pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Manakala Ujian Lisan/Bacaan akan diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang di bawah tanggungjawab Cikgu Pitri.

Sekiranya murid menguasai 90-100% bagi kedua-duanya mereka diberi status "Menguasai 3M". Manakala mereka yang berada di paras 80% dan ke bawah... mereka terpaksa melalui Kelas Pemulihan PROTIM di bawah kendalian guru mata pelajaran tersebut dan mereka di panggil status "Tidak Menguasai 3M". Students yang tidak menguasai akan menjalani pemulihan antara 8 hingga 9 minggu dan pada minggu ke-10 mereka akan duduki pula "PASCA-Ujian" bagi menentukan keberkesanan program ini kepada murid pemulihan tersebut yang mendapat "Tidak menguasai 3M".

Semua Analisis bagi "PraUjian PROTIM Bahasa Melayu dan Matematik 2007" perlu dihantar pada atau sebelum 14 September 2007 ini... maknanya kami ada 4 hingga 5 hari untuk menyelesaikannya... segala analisis akan dibereskan oleh Cikgu Saril manakala pelaksanaan ujian dan kelas pemulihan dikendalikan oleh guru mata pelajaran terbabit...
Moga semua students tahun 6 sekolah ini akan berjaya... InsyaAllah... Tapi rasanya yang betul-betul kritikal sorang sahaja... yang lain tur boleh gagah lah jugak... apa-apa nanti aku akan cerita perkembangannya...

4 ulasan:

Miss Reen berkata...

persal aku tak penah dengo menatang PROTIM nie ek?
anyway..hye hye...singgah baca blog orang laen...
kohkohkohkoh~~

~SyaFini Rosli~ berkata...

Salam,

T.kasih utk info pasal PROTIM ni. Erm, hanya dpt kertas konsep je...mgkin akan dpt set Pra & Pasca Ujian tu rini kot. Nanti, share lagi useful ifo mcm ni. Thanks (",) InsyaAllah pelajar SKEN Tahun 6 menguasai 3M.

Ad Rifza berkata...

PROTIM..semoga semuanya dapat dipulihkan..Insyallah..hehe..

Salam perkenalan juga..

Siti Aminah AGMA berkata...

Owh...u nie guru pemulihan rupanya, i tgh cari info psl beza KIA2M & PROTIM utk soalan yg dibagi lecturer, terjumpa u punya blog, best jgk dpt info dr u