Cuba tengok pic-pic kat bawah ni... Tentunya kita teringat kenangan main panjat-panjat pokok bagi yang duduk di kampung... yang tinggal di "hutan batu" aku tak pasti... Korang panjat tangga ada lah kot ??? Hehehe... En. Kasm panjat apa ???

Tapi yang pelik budak ni, panjat pokok durian yang tinggi menjulang tur semata-mata nak main sorok-sorok dengan cikgu...

Pic-pic ni masa nak pergi mandi sungai...biasalah aktiviti dihujung minggu di "daerah terasing" ni... Aku memikirkan, kalau bebudak ni "jantan" takder la terkejut sangat...Adat lah tur kan ??? Tapinya ni popuan... Kalau "kedebushh tekababoomm"... tak ke patah riuk... Tapi itu lah "unik" bebudak OA kat sini... yang jantan memang jantan, yang popuan macam jantan... mereka memang lasak... 

Setakat kena rendam dalam kolam selama sejam pun dah bising... siap nak masuk Utusan dan TV3... giler glamer la tur... Tapi bebudak ni lepas sekolah jer, "kedebush" masuk sungai yang airnya sejuk dan mengerunkan tur diorang tak heran langsung... Siap ajak cikgu-cikgu mandi dengan diorang dan terjun tiruk macam diorang dari atas batu besar...

Keunikan mereka membuatkan aku terus di sini bagi penceritaan pengkisahan mereka di kongsi bersama dengan semua...
3 ulasan:
Salam,
Wah, cukup seronok aktiviti hujung minggu di Titom kan? Lama betul x mandi sungai. Dah besar2 ni segan, lagipun x de sape (ayah & adik) nak melayan bawa ke mana2 dah. Huhu..Dulu2 balik kg mandi parit...la ni..dah x de..tapi zaman kanak-kanak di kampung memang best. Time pokok rambutan, jambu air berbuah, memanjat la kami..cucu2 wan.. Tapi nanti akan dtg, ada lagi ke zaman cucu2 kita pula nak merasa panjat pokok..dah rumah wan kat bandar..huhu.
seronok tinggal di kampung. mungkin setahun dua lg akak akan bina rumah di kaki gunung di kampung. cuma yang tak tahan bila nak mandi pagi...sejukkkkkkkkkkkkkkkkk...
sekarang ni memang sejuk bangat di Titom...selalu bangun awal,skrg tunggu Cikgu Pitri bangun dulu...tiap2 pagi mesti gelak sebab masing2 mengetap2 gigi...
Catat Ulasan