Ahad, 12 Ogos 2007

BLOG PERAM

Alhamdullillah... blog dah kembali boleh sign in tepat jam 1430, Ahad 120807. Apa lagi teruskan dengan entry yang dijanjikan dengan beberapa rakan blog... ramai yang nak tahu kenapa aku blurkan pic kat dalam bilik pada entry Tidur dan Demam. Sebenarnya pic dalam entry tur aku berlakon jer... hehe... bilik orang lain... Yang kat bawah ni baru bilik aku... Simple aje kan ???Kenapa aku blurkan pic dalam entry Tidur dan Demam tur ? Pic kat dinding tur jangan salah faham... Ada pic artis yang diminati oleh tuan punya bilik... Bilik siapa ??? Bilik Cikgu Pra dan Nemo The Findings tur dia la yang punya... hehe... Jangan marah ek Cikgu Pra...

Aku tak keluar lagi minggu ni... maknanya sejak 010807 lagi aku "direct bertapa" kat dalam belantara ni... bersama Cikgu Marop dan Cikgu Somad... Kali ini untuk sekolah ganti sempena Deepavali... yang aku peliknya kenapa JPN pilih tarikh 11 Ogos... bukan ke Isyrak dan Mikraj semalam...??? emr...entah lah...Dah dalam surat macam tur... "Saya Yang Menurut Perintah"... hehehe...
Hari ni demam makin ok... tapi semalam memang teruk semula... last-last mintak ubat dengan Cikgu Marop... kuat jugak ubat dia tur... berapa kali aku tertido atas kerusi panjang depan TV... last-last TV yang tengok aku... memang mengantuk dan sakit sangat... lepas habis sesi sekolah semalam, aku balik dan terus tertido... sakit sangat kepala dan temperature badan aku naik balik...

Pagi ini lepas solat subuh aku rendam semua pakaian... kemudian sapu bilik dan rumah... kemudian konon-konon nak tunggu la pakaian tur "sebati" dengan sabun dan sambil-sambil tur aku baring atas katil yang "empuk" tur... last-lasy terlelap sampai kul 0930... terus bingkas bangun dan mandi... badan kembali rasa lemah... siap semuanya terus ke rumah Cikgu Marop... nak nengok program feveret aku "Deko Bersama Eric"... rupanya program tur ditukar masa ke jam 1100 sebab bagi laluan pada "Philiphina Ikon"... biasanya kul 1000 pagi...aku pun layan ler kejap sambil-sambil masak nasi goreng dan "mengepek" dengan Cikgu Marop... wakaka...

Lepas siap membasuh dan sidai baju... aku dok tengok TV lagi... kuat betul aku tengok TV sekarang... Habis jer "berebut remote Astro" dengan Cikgu Marop... Dia nak tengok "Melodi TV3" dan aku pulak nak tengok "AC Di Sini" kat Astro Ria... Aku ke staffroom...

Petang ni line internet pada mulanya problem lagi... tengah dok kat meja mengemas soalan-soalan untuk bebudak UPSR yang dah aku siapkan untuk diorang jawab dalam waktu cuti nanti... YM aku yang sejak tadi keluar "muka kuning tersenggih"... melompat-lompat terus boleh online dah yang syoknyer Blogger.com dah boleh sign in... aku pun ambik kesempatan ini untuk masukkan entry yang dah aku "peram" sejak hari Rabu lepas... Korang tengok ler bilik bujang aku kat belantara ni... Bilik bujang aku kat kampung esok lusa tulat tubing aku masukkan entry... hehehe... Bilik aku ni aku kongsi dengan Cikgu Pitri... minggu ni Cikgu Pitri cuti kecemasan seminggu sebab wife dia sakit... biasalah pregnant...

10 ulasan:

~SyaFini Rosli~ berkata...

Salam,

OK...Kemas bilik. Gambar menarik nampak oldies dgn colour ala2 zaman 60-an. Hehe.

Fauziah berkata...

Macam bilik anak dara je...

Unknown berkata...

To Cikgu Fini : saja buat pic macam tur... cover kat mana ada habuk... hehehe

To Cikgu Fauziah @ Kak G : ni ler bilik bujang yang akak sibuk sangat nak tengok... ni baru bilik kat hutan... belom lagi tengok bilik kat Umah Kat Nor no. 100 tur... hehehe... siap ada bunga harum sundal malam yang dak kering... Kak Nor berapa kali da pesan kat anak bujang dia ni... buang2 ler... tapi anak bujang dia sayang sebab kenangan pergi cameron highlands tur... wakakaka

Fauziah berkata...

aik akak je ke yang sibuk nak tengok bilik orang bujang? ramai lagi nak tahu tau.

bilik kat no 100 SK tu, mesti Kak Nor tolong kemas sama kan. waa cam pontianak harum sundal malam lak bilik ko tu auranya yek...

Unknown berkata...

bilik umah no.100, anak bujang ni la kemas sendiri... dah besar takkan nak suruh mak lagi... betoi tak mak mertua tak rasmi ku..... wakakaka

Fauziah berkata...

hahaha... macam nak jadik je tu... kang jadi betul nangis lak...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Hai Cikgu....tantek nyer bilik.... tak sepah-sepah...... cam tu le kan.....

shahril aley berkata...

wah ini mcm nak promote diri sendiri kat anak dara dengan isi tersirat "pilihlah aku jejaka malaya terakhir". hahahaha...sibuk je nak blogging. ape kata ko jaga kesihatan tu skit....kang jatuh sakit jgn lupa panggil tok batin. ko kan suke menggentel dgn die :)

Fauziah berkata...

shahril aley... dak aril ni sengaja promo tu. kalu dah sokmo cakap ni mak mertua tak rasmi...masin lak jadinya... hai ko kena siapkan hadiah pengantin kat dia...jom pakat pekena dia...apa kata ko kirim kodok kat dia...hahaha

Karl Laksamana berkata...

semua tu just lakonan jer..bukan leh caya sgt...wakakakak