Sebenarnya tersalah maklumat yang My GB bagitahu...pensyarah-pensyarah IPTAA ni masuk bukan untuk pemantauan KIA2M Tahun 1. Tapi sebenarnya untuk "Program Pensiangan Salinatan". Sekolah ini terpilih untuk PPS sejak 2004 hingga sekarang. 
"Program Pensiangan Salinatan diadakan antara sekolah dengan kerjasama JPN untuk meningkatkan pencapaian murid. Program ini mengadakan aktiviti P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) untuk murid, memberi latihan untuk guru dan memberi motivasi untuk ibu bapa."
Pepagi lagi aku kena handle students buat soal selidik dan temubual mengenai Pensiangan Salinatan bersama-sama Encik Khazali Ismail di kelas Tahun 6. Hanya 12 students saja dipilih untuk soal selidik ini. Sementara aku handle murid mengisi borang soal selidik, En. Khazali membuat temubual dengan students Tahun 4.
Manakala Dr. Haji Mohamad Azhar Mat Ali dan Encik Mohamad Arif Abdul Rani menemual beberapa orang ibu bapa. Cikgu Wan, Cikgu Sidi, Cikgu Pra dan Cikgu Saril juga dikehendaki mengisi borang soal selidik sebagai responden kajian. Semuanya selesai jam 10.15 pagi.
Habis soal selidik, sesi "de-briefing" bersama lecturer-lecturer di bilik My GB dengan semua guru. Bukan bincang apa sangat. Cuma sesi perkenalan dan "berdialog" mengenai masalah pembelajaran di sekolah ini dan pengalaman-pengalaman kami di sini. 
Seronok apabila kita dapat berkongsi cerita pengalaman lecturer-lecturer ni. TQ pada Dr. Azhar, En. Khazali dan En. Arif (bekas lecturer Cikgu Pra) yang banyak memberi kami semangat dan dorongan. Nak-nak lagi aku yang tak terpilih untuk ikuti KDP 14 Minggu. Semalam aku ada cerita serba sedikit mengenainya pada diorang masa mula-mula diorang sampai. Diorang terkejut jugak...tapi aku kata " Mungkin BPG bagi "orang-orang lama" dulu kot..." Pandai tak aku bagi alasan...walaupun sedikit "frust"...tapi dah tak der rezeki...kenalah sabar dan cuba buat rayuan la...macam yang disarankan oleh Dr. Azhar...TQ
Aku sebagai PK Kurikulum terpaksa "ambil alih" untuk mengantikan My GB yang tidak dapat bersama-sama kami dalam majlis serba ringkas tadi. Pihak sekolah hanya mampu melayan setakat yang termampu. Cenderamata sebagai kenang-kenangan berupa sekeping VCD "Titom Keranamu Kami Di Sini" untuk setiap seorang dihadiahkan oleh pihak sekolah dan aku menjadi wakil menyampaikannya. 
Dr. Mohamad Azhar Mat Ali dan Cikgu Saril
Encik Mohamad Arif Abdul Rani dan Cikgu Saril
Encik Khazali Ismail dan Cikgu Saril
Lepas habis sesi dialog, jamuan ringkas disediakan di rumah guru. Borak panjang lagi kami di rumah guru. Jam 1200, barulah masing-masing mintak beredar...Cikgu Saril, Cikgu Romy dan Cikgu Limi ditugaskan untuk menghantar lecturer-lecturer ni ke SK Lenjang...12KM jalan denai dengan CBP, RF dan CAK juga CBP Cikgu Sidi dan CBP Cikgu Wan. CBP Cikgu Sidi dan Cikgu Wan...aku mintak pertolongan dengan Apak Yatim dan Bah Tien untuk hantar lecturer-lecturer ni ke SK Lenjang. Jam 1320 pm kami sampai di SK Lenjang. Di situ En. Zakaria dari Jabatan Pengajian Melayu IPTAA ada menyambut kami...aku sempat juga bertanya mengenai program KIA2M untuk sekolah aku...Sekolah aku tak terpilih untuk program bersama IPTAA. Hanya SK Senderut dan SK Lenjang saja yang terlibat bagi sekolah Orang Asli di Daerah Lipis ni. Sebenarnya aku dah tahu lama dah...tapi My GB yang salah bagi maklumat...apa-apa jer lah My GB ni.
Kami pun "blah" lepas borak-borak kejap. Sebab cuaca bukan menentu sangat sekarang. Kalau nak hujan...turun lah dia...Kalau hujan, alamatnya menolak ler kami...huhuhu. Tiba semula di "daerah terasing" jam 1510 pm. Lepas mandi dan solat Zuhur aku ke staffroom dan check email sekolah...
Minggu depan cabaran yang lebih besar menanti...PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH...aiyoor saper nak menjawabnya nanti...??? Kita tunggu dan lihat. Berita terbaru ni dihantar oleh Encik Jaswari dari PPD Lipis...Bersediakah kami ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan