Meneka Dalam Kesamaran ??? Ni tajuk lagu Ibnor Riza...Dah masuk kali ke berapa diulang-ulang lagu ni...sedap gak...Ape yang aku nak catatkan kat sini pun aku tak tahu...Aku dilanda kebosanan sebenarnya...Sejak awal pagi tadi...aku seolah-olah tak der semangat...nak "mengacou" orang kat YM pun takder mood...Malam tadi pun aku dah dapat rasa...mungkin suasana dan kesihatan aku menjadi penyebab aku begini.
Meh aku citerkan apa yang berlaku sepanjang cuti aku minggu lepas :
KHAMIS 280707 1345 PM
Aku kuar dengan Cikgu Romy lepas abis waktu persekolahan...Time rehat sebelum tur...aku buat "treasure hunt" kat umah Cikgu Marop demi CBP yang tercinta...akhirnya "golden key" aku jumpa kat atas "belebas" pintu masuk rumah secara tak sengaja semasa aku nak keluar dari rumahnya...Jumaat aku perlu uruskan beberapa hal di PPD Lipis. Aku sampai di "kampung" 1645. Sementara menunggu maghrib, aku dok di depan TV Sony aku tur sambil goleng-goleng atas sofa...Tiba-tiba SAMSUNG aku "menjerit" untuk diangkat..aku pun buka SAMSUNG aku dan nombor yang tak dikenali mempunyai kod 07 iaitu dari selatan Malaysia...Johor la tur...Dalam otak aku pun keluar macam-macam soalan...Salah satunya...mestilah SIAPA ??? Lama jugak aku ambik masa sebelum aku picit punat hijau kat SAMSUNG aku tur...aku mulakan dulu...
Aku : Assalamualaikum
IK : Waalaikumusalam. Cikgu Saril ya? Dari SK Titom ?
Aku : Yup. Cikgu Saril ni. Siapa ni?
IK : Cikgu Razman dari SK Tebrau.
Aku : Razman? Apa yang boleh saya bantu? Mana you dapat nombor phone dan tahu nama saya?
IK : Cikgu ada dapat surat tak? Sekolah kita diarahkan untuk kerjasama dalam satu projek.
Aku : Projek? Projek apa? Saya tak dapat surat apa-apa pun lagi. Saya baru keluar petang tadi. Esok baru saya akan ke PPD. Nanti saya akan tengok surat tur kalau ada. Apa-apa nanti saya akan contact semula Cikgu.
Tiba-tiba aku terdengar ketawa kecil dihujung call...sebab aku nak tamatkan dah call tur...lagipun azan maghrib pun sedang dilaungkan oleh Bilal di masjid besar.
IK : Cikgu...cikgu kenal IK ?
Aku : Emr...hahaha...(tergelak besar aku)...La IK ke ? Emr...Cikgu Razman la...SK Tebrau la...
IK : Hehehe...saja jer kacao cikgu sementara tunggu hujan lebat berenti...nak balik tak boleh...
Kami borak-borak kejap. Memang aku tak tahu langsung itu nombor IK...Lepas tur...aku terus solat maghrib. Malam tur aku just rehat...badan penat, tapi lambat gak tido...kul 12 baru la masuk tido lepas solat Isyak. Memang peel aku suke solat Isyak sebelum tido.
JUMAAT 290607
Pagi Jumaat aku tangguhkan urusan ke PPD...Sebab aku rasa lain macam dengan diri aku...sakit kepala pun ada...penat pun tak hilang lagi. Ingatkan nak ke PPD pagi ni...tapi tak larat. Petang aja ler. Lepas solat Jumaat, aku mandi, makan dan terus ke "town". Sampai di bandar Lipis, aku terus ke PPD...Apa itu PPD ? Mana yang tak tahu...nama penuh dia ialah Pejabat Pelajaran Daerah. Aku sampai di PPD, terus serahkan report G26. Kendian, aku berurusan dengan Kak Su...bertanyakan hal-hal sekolah dan pengurusan gaji serta permohonan BISP aku dan beberapa cikgu yang lain. Sempat gak ler jumpa dengan En.R..."bekas mentor" SKOA 2006. Tahun ni dah tukar dengan orang lain. Dia macam-macam tanya dengan aku...aku malas nak jawab sangat...aku tak suke "orang yang tak tepati janji". Apa yang dia janji...??? Aku sahaja yang tahu...Tapi aku masih lagi bertindak secara profesional la...kang apa pulak dia cakap kan...Cikgu Saril "kuang ajau" atau sombong...
Beres di PPD aku ke BCB...aiyoor ramai sungguh manusia...Ai maklum ler...Isnin lepas kan gaji "gomen" keluar...bebudak asrama pun ramai...mesti dapat elaun "FAMA"...aku time study dulu takder pun dapat elaun "FAMA" macam diorang sekarang dan contohnya...adik aku la...Yelah...zaman aku dulu, parents aku orang susah...aku harapkan elaun maktab jer la...tur pun jimat2...pernah sampai nak tunggu elaun masuk...dalam poket tinggal RM2...sedih woo...elaun lak time tur sebulan RM345...potong asrama RM80..apa jer yang tinggal...tapi "Guru Pelatih" sekarang masih lagi ada yang tak tau bersyukur dengan RM600-RM1000 lebih (ikut kursus...)...tapi aku boleh hidup dengan RM345 sebulan...di tahun akhir baru ler merasa RM600. Syukur dari tak dapat langsung kan???
Memandangkan BCB penuh orang...bersesak..Aku ke BSN pulak..selang dengan Tabung Haji...ramai jugak...tapi tak seramai BCB...aku keluarkan hampir semua gaji aku bulan ni untuk pindahkan ke BCB. Selesai di BSN, aku ke BCB semula...aku transfer duit pada "seseorang" dan aku masukkan lebihannya ke dalam akaun aku...Semuanya settle lepas tur...
Aku terus ke kedai komputer. Aku dah tempah laptop baru aku..."Compact Presario". Tapi malangnya aku tak boleh ambik lagi sebab ada problem pada agreement...tersangkut...aku lupa nak sign "copy"...lepas bincang semula...aku tukar tempoh ansuran dari 2 tahun kepada 1 1/2 tahun...nasib "tauke" dia sporting...Lebih kurang 1810PM baru aku sampai di kampung semula...Malam aku rehat sambil layan citer kat Astro aku tur...Konon-konnonnya berangan la nak guna laptop baru aku tur...hehehe
SABTU 300607 2335PM - AHAD 010707 0315AM
Dipenghujung bulan Jun dan di awal Julai 2007, tanpa disangka setelah 3 bulan hilang nombornya kerana SE K500i aku "lost", dengan dibantu oleh student dia...nama Sharil juga...aku SMS En. Zamri...kemudian dia call. Aku dapat berborak dan bercerita panjang lagi dengan kawan lama aku...En. Zamri. 3 bulan punyer cerita... kami borak...sampai beberapa kali hp dia dan aku "mampos"...TQ En, Zamri call Aril...
AHAD 010707 0640AM
SAMSUNG aku berbunyi...tandanya aku harus bangun solat Subuh....sakit kepala tiba-tiba datang lagi...lepas solat subuh, aku tido kembali...0800AM aku bangun semula...sebab nak ke pasar bagi beli "bekalan berjuang" kat Titom. Balik dari pasar, aku tido lagi lepas abis nonton "DEKO BERSAMA ERIC" (siaran ulangan di Astro Ria). Bangun semula 100PM...tido kejap-kejap jer...kepala sakit sangat. Dah nak masuk Zuhur, tandanya aku harus kembali semula ke "daerah terasing". 1500PM hanya Cikgu Saril, Cikgu Romy dan Cikgu Omad masuk. Cikgu Pra tinggal sesorang kat scol sebab Cikgu Marop, Cikgu Pitri dan Cikgu Limi keluar Sabtu tur lepas sekolah ganti..."turn" aku dah lepas 16 Jun...bergilir-gilir ler...sebab masing-masing ada komitmen dalam hidup memasing...Pertengahan jalan di POS Lenjang, motor Cikgu Romy pancit...aku pulak di depan...dah lepas 3 buah kampung...jauh gak tur...patut la aku tak dengar bunyi motor kat belakang aku...apa taknya...aku sambil bawak CBP buat "concert bergerak"...hehehe...perjalanan jauh yang membosankan...sesekali menghiburkan hati apa salahnya kan??? aku pusing balik dan sama-sama bantu Cikgu Romy dan Cikgu Omad...1810PM akhirnya tiba ke destinasi "daerah terasing" ini...
ISNIN 020707
Walaupun "kekuatan" di minggu pertama Julai 2007 ini hanya disokong oleh 4 orang, kami "gagahkan" juga. Pepagi lagi dah kena kemas staffroom dengan pekerja sekolah lepas "assembly"...Apa tidaknya, kontraktor yang ambik tender cat bangunan sekolah...tinggal begitu jer...dah ler cat tak kemas langsung...yang tak puas hatinya...cat dalam kelas yang kualitinya macam "lepas batuk di tangga"...dalam staffroom ni lagi ler...bertompok sana sini...macam ni ke kualiti RM12K untuk cat sahaja? Kos keseluruhan RM19K...Tapi, tak per...borang penilaian mutu kerja diorang...Jawatankuasa pemantau sekolah yang akan menilai...kita bagi 3 & 4...amacam setuju tak?
Hari ni macam takder semangat, lemah dan tak der selera sangat...TQ pada Iskandar_JB dan Afendi_PTD. Pada Afendi_Nurse, Aie_SA...dan Sharil_StudentEn.Zamri...aku mintak maaf kalau aku tak balas msg2 korang...Kekadang aku ada student yang nak tanyakan itu ini...kena la "layan" students aku tur...dah pun namanya kejer Cikgu...harap korang maafkan aku...nanti ada masa kita YM lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan