Selasa, 17 Julai 2007

HARI GURU 2007 SKT

Entry malam ni khas untuk Sambutan Hari Guru 2007 peringkat sekolah...walaupun lambat kami tetap menyambutnya seperti sekolah di luar. Walaupun hanya sesama kami yang menyambutnya di sini, tanpa sokongan "pihak" lain...kami tetap gembira...alamak !!! macam sedih jer ayat aku ni...huhu...yang penting enjoy...




Pepagi lagi lepas assembly ringkas, cikgu-cikgu lawan bola sepak dengan students...students 13 orang dan team cikgu hanya 10 orang...aku sesambil snap pic sempat lagi menyepak bila bola sampai ke kaki aku...huhuhu...ada ler 3 kali aku sepak dan lontaran sekali ke dalam padang...kalau aku main sebagai "striker" utama karang...saper pulak nak snap pic-pic ni...hehehe...lagipun aku mengaku ler...tak ler berape reti nak main bola ni...macam-macam gelagat...terutama sekali Cikgu Pra yang menjadi "striker" utama...abis satu padang dia kejar bola...,Cikgu limi yang sampai tertiarap bila nak mengelecek students...Cikgu Pitri yang menjadi "goal keeper" sampai tertonggeng tangkap bola depan goal supaya tak bolos...dan yang lelain lagi ler macam-macam gelagat...Cikgu Marop pulak...sesuka hati jer pakai seluar track Cikgu Saril..dah ler size suar Cikgu Saril "L"...dia pulak "XL"...emr...nasib baik tak terkoyak time menyepak...kalau tak memang kami pakat gelak...dia pakai seluar aku pun sebelum game start kami dah pakat gelak sakan...wakakaka...keputusan penuh game tadi ialah 4 - 4...bebudak memang semangat...





Habis game, pertandingan mewarna bagi prasekolah, tahun 1 hingga 3 dijalankan di kantin sekolah...manakala serentak dengan itu bagi tahap 2 "indoor game" di kendalikan oleh cikgu kelas masing-masing...aku guru kelas tahun 1 kena handle pertandingan mewarna...macam-macam "peel" bebudak ni mewarna...lantak ler...janji diorang enjoy...memang kami di sini sentiasa berpegang pada konsep aktiviti ke arah "Just For Fun and Enjoy"





Selesai aktiviti mewarna dan "indoor game", pertandingan "Karaoke" antara guru bermula...Cikgu Saril sebagai peserta pertama...apa-apa pun Cikgu Saril "steady"...selamber dek jer nyanyi lagu "Romantis - Kumpulan Spring"...Markah untuk pertandingan ni...dengan undian "angkat tangan" oleh students...dapat gak 41 undian...sampai ke peserta ke-5, baru ler kedudukan aku digugat oleh Cikgu Romi dengan 55 undian...lepas tur lepas sorang-sorang pintas aku dengan Cikgu Romi...tapi yang peliknyer...Cikgu Limi...dapat 92 undian dari 135 students...hehehe..."kira macam Dafi" la kononnya...huhuhu...yang penting Cikgu Saril atasi Cikgu Pra dengan kelebihan 1 undian...dia dapat 40 jer...jangan jeles Cikgu Pra...dia nyanyi lagu "Oh Fatimah"...siap joget-joget sama students...yang syoknyer...semua students dan cecikgu sporting bangat...





Selesai acara karaoke...pertandingan "Raja dan Ratu Fesyen Surat Khabar"...aku bersama Cikgu Pitri sebagai pereka fesyen dengan modelnya...Fadzli dari Prasekolah...fesyen kami berkonsepkan "Futuristik Kemelayuan" dan menjadi JUARA dengan 45 undian...agaknya kemenangan kami ni sebab kami "change" muka Fadzli ni dengan muka "artis" ni kot...korang tengok jer la hasil fesyen cikgu-cikgu "jantan" kat sekolah ni...huhuhu...





Habis acara fesyen, terus buat penyampaian hadiah...dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk "MURID PILIHAN GURU 2007"...pemilihan ni dibuat berdasarkan macam-macam kriteria...antaranya peningkatan akademik dan sahsiah yang baik...kalau korang nak tengok pic murid-murid tur...Cikgu Saril dah buat kat sebelah kanan tur..."just scroll mouse" jer...then, diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan...





Keputusan yang paling ditunggu-tunggu ialah "GURU POPULAR SKT 2007"... Keputusan seperti berikut :





GURU PALING POPULAR : Cikgu Pitri





No. 2 : Cikgu Sidi





No. 3 : Cikgu Saril





No. 4 : Cikgu Limi






No. 5 : Cikgu Yie






No. 6 : Cikgu Pra






No. 7 : Cikgu Irwan Shah






No. 8 : Cikgu Shomad






No. 9 : Cikgu Romi






No. 10 : Cikgu Marop






No. 11 : My GB






No. 12 : Cikgu Hemi






Haha...Cikgu Saril No. 3 tahun ni...jatuh satu anak tangga...2006 No. 2 belakang Cikgu Yie...apa kes...???





Segalanya selesai dengan diakhiri jamuan...cikgu-cikgu yang masak...bihun sup...tapi last-last...kuahnya takder...bihun pun kembang sebab kami biarkan masa masing-masing "lepaskan gian" karaoke...hehehe...tapi students memang puji ler..."Sedap...Cikgu !!! "















4 ulasan:

~SyaFini Rosli~ berkata...

Salam,

Meriahnya Sambutan Hari Guru SK Titom. Tahniah dan keep up konsep aktiviti "Just For Fun and Enjoy". Lain padang lain belalang, tiap sekolah punya cara yang berbeza. Apa pun yg mana x semeriah ni, tumpang kemeriahan je la...ok juga tu.

pauhputik berkata...

best nampak hari guru kat sini. saya rasa x lewat lagi nak wish "Selamat Hari Guru" kat cikgu. Best nampak bihun tu, meh le spinggan.

Fauziah berkata...

Bihun tu korang guru2 yg masak ke? kira bagus gak tu. boleh diharap gak guru lelaki masak. kalau sekolah kat bandar ni besanya ditender. guru pompuan pun dah maleh nak wat sumer tu time Hari Guru ni maklum nak posing maut sakan... termasuklah tukang komen ni. hehehe

Unknown berkata...

bihun tur cikgu2 yang masak.asalnya ada kuah...last2 kering...kentang pun dok bawah...ada rase tawar..ada rase masin...huhuh...tapi ramai bebudak puji ler...banyak lak tur kami isi dlm tray...penoh...pastu diorg melantak nasi...