Rabu, 13 Jun 2007

LIGA RUMAH SUKAN

Hari ini berlangsungnya Liga Bola Sepak 5 Sebelah dan Bola Jaring Antara Rumah bagi menghadapi Sukan Tahunan SKT 2007 minggu depan. Untuk cerita selanjutnya mengenai liga ini aku cerita dalam entry esok. Hari ini hari pertama. Sekarang ini masih lagi liga. Setakat ini Rumah Hijau...handal. Pusingan pertama tadi, Rumah Biru aku kalah bagi kedua-dua acara. Bola jaring tewas 19-7 vs Rumah Hijau dan bola sepak juga kalah tipis vs Rumah Merah 1-0...Tapi selepas rehat, Pusingan kedua dijalankan Rumah Biru mula menunjukkan taringnya yang sebenarnya.Team Biru menang vs Rumah Merah untuk netball 18-3 dan football juga menang vs Rumah Kuning 2-1. Ni muka aku yang kepenatan dan kepanasan jadi pengadil netball dan ke hulu hilir dengan Nikon. Baju kuning ni sponser by SKT...ada dua helai... Sebenarnya aku nak citer pasal malam tadi. Aktiviti bungkus hamper. Simple tapi menarik. Tahun ni ada kelainan sikit pada hamper. Biasa orang buat hamper guna plastik hamper...tapi kali ini kami hanya guna plastik "rokrak" atau plastik "glennya" (dialek-dialek negeri). Bukan apa beb...nak cut cost. Plastik hamper sahaja tahun lepas 80 sen sehelai...darab pulak dengan hampir 100 helai...kalau plastik biasa ni...50 helai baru RM4...amacam? Jimatkan???Uhu...Dalam hamper ni macam-macam ada...air botol berkabonat tur biasa la...wajib...nak bagi nampak besar...lain-lain tur snap, gula-gula, jelly, maggi, cekedis dan ada juga hamper baju serta tupperware...khas untuk acara individu Merentas Desa.
Bila dah bungkus...sekali tengok macam "bantuan banjir" atau "agihan daging korban" pun ada...hehehehe...janji senang nak membungkus...nanti nak buka bila dah bagi hadiah nanti pun koyak jugakkan...ahaks...


Hari ni penat sikit...berpanas...dekat 3 botol air mineral 500ml aku togak...panas sangat...kering tekak pun yer menyokong blue's team. Ramai juga students yang cedera hari ni...ada yang teruk gak...budak rumah aku pun ada...Lumut luka di tepi lengan dia...Sebelum final esok, ada pusingan ketiga...Harap-harap esok dapat masuk Final.

2 ulasan:

ariraya berkata...

wah bestnya sekolah dekat dgn sg nih..penat2 buleh mandi...

~SyaFini Rosli~ berkata...

Cikgu, alternatif yg baik la bungkusan tu...ok apa...sonang nk pack...jimat pun jimat.