Isnin, 25 Jun 2007

G26 & RAWATAN GIGI

Hari ini aku kembali bertugas semula seperti biasa. Hari ni ada Ujian Gempur Pemulihan Tahun 2 Hingga Tahun 6 (G26). Program ini khas bagi murid yang lemah dalam menguasai 3M...terutama bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Pagi tadi lepas assembly...(biasalah kan ??? Hari Isnin...), Ujian G26 bermula untuk Bahasa Melayu. Jam 8.30 hingga 9.30 untuk bahagian Tulisan...kemudian disambung sehingga 12.30 tengahari untuk Bacaan. Aku guru BM Tahun 3...so, jadi penguji dan penyemak bagi students Tahun 3.

Tengah-tengah buat ujian...tiba-tiba bunyi helikopter...aku dah agak dah...mesti team kesihatan. Tapi kali ini team Pergigian...aku kena "take over" jap untuk uruskan beberapa hal...TQ pada Cikgu Pitri, Cikgu Romy, Cikgu Marop dan Cikgu Limi yang membantu...Ramai gak students yang kena cabut gigi...memula ada sesi memberus gigi...lucu pun ada...geli pun ada...ahaks...aku sekadar tolong bubuh ubat gigi jer...kelas Prasekolah...


TQ pada Dr. Noraziyah, Puan Farra' Aiina, En.Zairul dan Puan Rohani yang buat rawatan kat bebudak sekolah ni...2.30 segalanya beresss...


Esok sambung pulak Ujian Gempur G26 bagi subjek Matematik...kali ni hanya ujian bertulis...aku kena buat report...aku baru jer siapkan borang report dia tadi...nanti cikgu-cikgu submit markah...aku just masukkan nama dan markah bebudak ni...Jumaat ni hantar report la untuk perhatian Puan Rozita...


Sebelum aku abiskan ayat-ayat terakhir aku malam ni, aku nak wish "GOOD LUCK" pada Zam untuk interview program belia ke Korea...lebih kurang macam tur la mengikut ceritanya...TQ Zam...ko memang sporting la...

Tiada ulasan: