Yahoo...seronoknyer...team aku, Rumah Biru dengan slogan "Biru Wira" menjadi juara keseluruhan dengan 7 mata mengatasi 1 mata Yellow's Team bagi Liga Bola Sepak 5 Sebelah dan Bola Jaring Sukan Tahunan SKT 2007.
Pagi ini aku menjadi refree bola jaring pusingan ke-3. Semalam dah jalankan pusingan pertama dan ke-2. Tengah panas terik aku jadi refree...bertambah gelap ler aku...uhu...
Team aku menjadi finalist bagi kedua-dua acara. Kami mencapai kemenangan bagi bola sepak dengan menewaskan Rumah Hijau 2-1. Congratulations for Amri (Captain), Bah Dou, Lumut, Sugi, Bah Jual. Cikgu Saril dan Cikgu Yie happy sangat-sangat...
Manakala team netball aku tewas kepada Rumah Kuning 7-11. Apa pun kira okelah jugakkan jadi naib juara. Kesian aku tengok Wak Di, Shima, Kamisah, Rosila, Rosmah dan Rosmaria bertungkus lumus menyelamatkan jaring Rumah Biru...nak berhadapan dengan penjaring terbaik Norulaini dan Ramlah...Bola jaring sampai meletup sebab asyik lambung dan berpanas...
Suara aku pun dah serak-serak basah ni...menjerit menyokong rumah aku...semua cikgu-cikgu excited menyokong...biarpun panas terik...sokongan kat bebudak ni tetap diberi...tapi aku ada gak orang tolong payungkan...huhuhu...korang tengok ajer ler pic-pic ni...ada yang sampai meniarap atas rumput punyer syok tengok bola...meriah betol...
Sukan Tahunan SKT 2007 secara rasminya akan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SKT iaitu En. Ramli merangkap Batin Pos Titom pada 20 Jun ini...Cerita sukan akan kembali bersambung pada 19 & 20 Jun 2007 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan