17 JUN datang lagi...Selamat Hari Bapa bagi semua yang bergelar "Abah, Ayah, Bapa, Bapak, Ayoh, Papa, Baba, Dady " di Malaysia mahupun seluruh dunia...aku hanya dapat melihat orang lain ucap pada Abah masing-masing pada hari ini...tapi aku...hanya dapat kirimkan doa buat Abah aku yang telah pergi meninggalkan aku sejak 21 November 2002 bersamaan 17 Ramadan 1423H...5 tahun telah abah meninggalkan aku...
Aku menjadi seorang yang tabah dan kuat dalam hidup ini demi menjaga keluarga aku menggantikan Abah. Pada mulanya aku sukar untuk menerima tanggungungjawab yang berat ini...ketika aku masih lagi memerlukan kasih sayang seorang Abah dan dalam aku mencapai hasrat aku bergelar "Cikgu"...Abah tidak sempat melihat aku berjaya seperti hari ini...Abah tak berpeluang menikmati gaji pertama aku bergelar "Cikgu"...Allah lebih menyayangi Abah...
Terima kasih Abah...walaupun Abang Teh hanya berpeluang rapat dengan Abah di akhir-akhir hayat Abah...kerana kesibukan Abah mencari rezeki di Kuala Lumpur dan anakmu ini sibuk di maktab perguruan demi bergelar "Cikgu" dan kita terpisah sementara...Alhamdullilah di cuti semester ke-4 Abang Teh, kita berpeluang bersama...walaupun seminggu bersama Abah. Abang Teh sempat menjaga Abah, memberi ubat, menyuap bubur, mengelap badan, mengangkat dan memapah ke bilik mandi dan menemani Abah setiap malam bersama emak...Abang Teh puas kerana berpeluang menjaga Abah di saat akhir hayat Abah...semakin hari tubuh Abah semakin lemah...Abang Teh tak jemu-jemu memberi semangat pada Abah untuk terus tabah dan kuat menerima semua ini...Di Subuh yang hening 21 November berkumandang azan subuh di Masjid Raub ketika abah di masukkan ke Hospital Raub...Abah meninggalkan kami semua...Semoga Abah aman dan tenteram di sana...juga di tempatkan di kalangan para solihin...Selamat Hari Bapa Abah...Kenangan Abang Teh, Kakak, Ayuy dan Adik Ayie juga Emak bersama Abah masih segar diingatan kami...Al-Fatihah buat Allahyarham Mahusin bin Ariffin (07/05/52 - 21/11/2002)
Buat semua member-member bergelar BAPA : Khairil Anuar, Ustaz Rosli, Kasmara, Halim, Iswandi, Nazri dan mereka yang mengenali aku Happy Father's Day...Doa aku buat korang semua : "semoga menjadi bapa yang mithali...Amin..." InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan