Malam ini aku nak citer pasal slaid powerpoint. Penghujung April baru ini...Unit Kurikulum yang diketuai oleh Cikgu Saril menerima dua tugasan penting dari GB. Menyiapkan slaid powerpoint untuk peringkat Kebangsaan dan Daerah. Tugasan yang pertama iaitu Sidang Buletin Sekolah Pedalaman Malaysia. Tugasan kedua ialah Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk sekolah yang akan dibentangkan di peringkat daerah.
Alhamdullilah...hasil perbincangan dan pengagihan tugas untuk menyiapkan 7 tajuk yang telah ditetapkan bagi Sidang Buletin telah SEMPURNA tepat jam 10.00 malam ini. TERIMA KASIH buat semua cikgu yang bertungkus lumus menyiapkan slaid-slaid ni. Tak kira siang atau malam, cuti atau waktu rehat juga waktu terluang...masing-masing tekun menyiapkan tugasan masing-masing. Cikgu Saril selaku GPK1 rasa kagum sangat dengan semangat yang msing-masing ingin lakukan yang terbaik demi nama sekolah dan warganya. Semuanya ada 200 slaid dan 2 video clip. Siapa kata guru pedalaman tak celik IT ?
Tajuk-tajuk slaid dan cikgu yang bertanggungjawab : Panorama (Cikgu Pra), Perjalanan (Cikgu Pitri), Kemudahan/Prasarana (Cikgu Wan), Pengajaran dan Pembelajaran (Cikgu Sidi), Program/Aktiviti Sekolah (Cikgu Limi), Anugerah/Pencapaian (Cikgu Marop) dan Data Sekolah (Cikgu Yie). Semua slaid-slaid digabung dan diedit oleh Cikgu Omad. Tahniah dan Syabas atas hasil kreativiti cikgu-cikgu. "I Like !!!"...
Apa pula tugas Cikgu Saril ? Bukan duduk saja tau...Aku ditugaskan untuk tugasan kedua iaitu PIPP 2006-2010. Banyak proses yang perlu dilakukan.
Bermula dengan "Mesyuarat Khas PIPP" peringkat Sekolah, perbincangan dan pemurnian aktiviti sekolah untuk dikaitkan dengan PIPP KPM mengikut Teras...dimana semuanya ada 6 Teras. hasil perbincangan dan idea cikgu-cikgu dari mesyuarat, disenaraikan semuanya dalam borang idea. Kemudian buat soal selidik.
Cikgu-cikgu pilih antara 1 hingga 2 idea yang terbaik bagi setiap teras. Setelah siap, didokumentasikan ke dalam bentuk powerpoint dan dokumen. Slaid dah siap minggu lalu.
Sebagai peneraju di Unit Kurikulum iaitu GPK Kurikulum...berbanyak terima kasih yang tak terhingga buat semua guru-guru yang terlibat dalam penghasilan kedua-dua tugasan penting ini. Itulah berkat kerjasama dan pemuafakatan bersama. Terima Kasih Cikgu !!!
3 ulasan:
Tahniah kepada Cikgu Saril GPK1 yang bertungkus-lumus untuk merealisasikan tugasan yang telah diberikan.....
amanah dan tanggungjawab...TQ aley sudi dengar masalah aku
nice blog
Catat Ulasan