Sabtu, 26 Mei 2007

SABTU DI FELDA

Semalam tak sempat nak menaip. Penat sangat-sangat. Sampai 3 “round” aku tidur. Semalam perjalanan yang paling memenatkan aku rasakan. Kami “balik” awal seawal jam 10. Masing-masing nak “kejar” solat Jumaat. Jam 12.30 aku, Cikgu Omad dan Cikgu Romy sampai di Felda SK. Alhamdullilah…perjalanan kali ini lancar. Tidak seperti minggu lepas. Jalan licin dan aku terpaksa jadi “stuntman tak bertauliah”…wekekekeke…Aku terserempak dengan team kesihatan di jalan RPS Betau-Felda SK…motor geng Cikgu Lenjang rosak…nasib team Kesihatan yang masuk tempat aku kebetulan lalu…so, diorang ler yang menolong geng Lenjang.
Lepas solat Jumaat, aku ke bengkel Uncle Ah Pang. Brek kaki aku patah…terlanggar batu masa kat ladang getah…aku nak elak…last-last kena juga. Kebetulan, motor Cikgu Romy…pancit. Nasib ler…kelmarin, perjalanan “geng” Cikgu Wan, Cikgu Sidi, Cikgu Pra, Cikgu Pitri dan Cikgu Limi turut berlaku “kejadian” problem motor…Tayar Cikgu Pitri pancit lagi…dalam bulan ni ajer, dah dekat 3 kali aku rase tiub dia pancit.

Nasib tiub dia pancit kat jalan RPS Betau…dah nak sampai Felda SK…kalau ler tengah-tengah hutan…”mampuih” la…Pengalaman aku last year…tayar aku pancit…dan beberapa kali tukar tiub…masih pancit. Rupa-rupanya tayar aku dah botak sangat. Last-last naik 4wD…tumpang 4wD pembekal makanan asrama SKL keluar semula ke Felda SK untuk ganti tayar. Time tur dah kul 5 lebih…sampai di SK kul 7.30. Esoknya, aku masuk sorang-sorang. 1st time gak ler…aku naik 4wD dengan CBP…sempit nak mampus…janji sampai…Itu cerita tahun lepas…harap-harap tak terjadi dah.
Semalam aku tertido kepenatan. Penat tahap apa pun aku dah tau nak cakap. 1st Round : 5.30 – 7.30 (adik aku aie kejutkan…). 2nd Round : 8.15 – 9.45 (depan TV kat dapur…last-last TV tengok aku) dan 3rd Round : 10.30 – 12.00 mid (terjaga sebab bunyi SMS masuk dan aku rase penat nak tidur)…Online jap YM dan check Friendster…

last sekali…after Subuh…sampai kul 9.05 pagi ini…kuatnyer aku tidur…makan pun tak sempat…aku hanya makan lepas balik solat Jumaat dengan Cikgu Romy.
Pagi ni…aku terima SMS dari Krill…wife dia dah selamat melahirkan seorang puteri pada 24/05/2007 jam 5.50 petang. Tahniah Krill !!! Pagi ni juga aku terima SMS dari Cikgu Romy…motor dia semalam rosak di Kg. Serdang…nasib dah dekat dengan kampung Kudin…so, dia bermalam di rumah Kudin. Petang ni pulak aku akan ke Kuantan…sajer bercuti. Sambil-sambil nak tengok wayang dan jumper member. Kita sambung lagi catatan hari Selasa nanti…

6 ulasan:

shahril aley berkata...

wahwah aril....ko ni memang kuat tido la. skali dapat memang tak lepas bantal busuk ko tu. selamat bercuti & selamat menonton filem pirates of the carribean 3....

Tanpa Nama berkata...

cikgu..cikgu nih org sg koyan ker...dah bace cerita ..tapi tak sure org mana nih..jln pi titom nih tak sama ka dgn jln koyan-cameron?

Tanpa Nama berkata...

muahahaha... kalu nak tau, masa kursus BTN dulu pun Aril nih kuat tido... padan la dia kena hantar TITOM = TITUN! kan dekat2 sama tuh... hehehehe.

aku x tau la bila nak hantar paperwork kat bos... bos giler lama gi kursus PTK. hampeh tul. aku nak gi xpdc berakit perdana mahasiswa pun x dapek sbb dia xde nak luluskan duit.

buat putra745,
selamat bercuti... aku tak cuti lagi la. cuti sem bulan 6 nnt.

Unknown berkata...

en.kasm...cuti gini ler dapat balas "dendam" nak tido pun. kalau time sekolah...mesti bangun awal...tido pun lewat...hehehehehe...

xper..en.kasm,tapi yg penting bila dah boss en.kasm balik cepat2 la antar ek. tak pun en.kas antar dulu tentatif program...senang nak atur kalau jadi nnt

Unknown berkata...

cikgu orang SK la. hehehhehe...jalan nak g titom hanya 20km pertama lalu koyan-betau-cameron

Unknown berkata...

aley...bantal bucuk aku takder...tapi selimut bucuk ada ler...